Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 3,608 pagi ini berbanding 2,451 orang semalam.

Daripada jumlah itu, Kemaman mencatat angka tertinggi dengan 2,161 orang diikuti Dungun (599), Marang (329), Besut (51), Kuala Terengganu (248), Setiu (113) dan Hulu Terengganu (107) dan Besut (51), kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Katanya semua jalan utama boleh dilalui tetapi beberapa jalan kampung di Marang, Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Dungun masih ditutup.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPs) Terengganu melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu keseluruhannya menurun sejak semalam walaupun ada yang masih pada paras bahaya.

Beliau berkata bacaan paras sungai pada 9 pagi ini menunjukkan paras air di Sungai Dungun di Jambatan Jerangau ialah 12.38 meter (bahaya 12.20 meter) dan Sungai Berang di Pengkalan Ajal 16.15 meter (16 meter).

Di Pahang, jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Cherating Baru pagi ini masih 36 orang daripada lapan keluarga.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang mereka banjir dipindahkan pagi semalam selepas penempatan mereka di Kampung Sungai Ular dan Kampung Chendor dinaiki air sedalam 0.5 meter.

"Bagaimanapun, pemindahan itu hanya membabitkan daerah Kuantan manakala daerah belum melibatkan pemindahan mangsa banjir," katanya.

Di Kota Baharu, keadaan banjir di Kelantan pada tengah hari semakin baik apabila air di beberapa kawasan mulai surut dengan jumlah mangsa pemindahan juga kini tinggal seramai 26 orang.

Jurucakap Bilik Kawalan Operasi Banjir Negeri berkata sehingga kini hanya satu pusat pemindahan masih dibuka iaitu di jajahan Kota Baharu manakala di jajahan Pasir Puteh telah ditutup.

"Di Kota Baharu terdapat seramai 26 orang mangsa banjir melibatkan enam keluarga masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tiong," katanya kepada Bernama hari ini.

Jurucakap itu berkata, keadaan cuaca di sekitar bandar ini baik dan cerah bagaimanapun di beberapa kawasan pedalaman dilaporkan hujan renyai-renyai dan kadangkala sederhana masih turun.

"Berikutan keadaan hujan yang masih tidak menentu di beberapa kawasan pedalaman menyebabkan kebanyakan paras air sungai meningkat secara perlahan-lahan dan ada antaranya masih bertahan pada paras yang sama." katanya.

Menurutnya, paras Sungai Golok di Rantau Panjang masih bertahan sejak pagi tadi iaitu di paras 9.85 meter melepasi paras bahaya 9 meter manakala dua sungai berada di atas paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard yang kini di paras 12.19 meter melepasi paras bahaya 12 meter dan Sungai Lebir di Tualang berada di paras 27.21 meter melepasi paras berjagajaga 27 meter.

Jurucakap itu juga berkata, keadaan lalu-lintas juga masih seperti biasa dengan tiada jalan utama menghubungkan negeri ini ditutup kepada kenderaan.

Keadaan cuaca di Kelantan hari ini cerah sejak pagi tadi bagaimanapun masih mendung dan sesekali hujan masih turun renyairenyai dan kadangkala sederhana. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan