Imej Dirakam RazakSAT Ditawar Kepada Pengguna Mulai Tahun 2010

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Imej yang dirakamkan satelit remote sensing negara, RazakSAT, yang mengelilingi orbit kawasan Khatulistiwa akan ditawarkan kepada pengguna seperti agensi dan badanbadan kerajaan mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof.

Beliau berkata imej yang dirakamkan oleh satelit itu sangat penting dan ia boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi seperti pertanian tepat, memeta landskap, pencegahan bencana, rancangan rangkaian jalan dan bandar.

"Satelit RazakSAT ketika ini beroperasi dengan baik selepas dilancarkan pada 14 Julai lalu.

Proses konfigerasi masih berjalan untuk memperhalusi imej yang dihasilkan," katanya ketika ditemui selepas melancarkan imej yang dirakamkan RazakSAT.

Majlis itu diadakan sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009.

Fadillah berkata imej-imej yang dirakam oleh satelit RazakSAT itu juga boleh digunakan oleh pihak ketenteraan dalam mengawasi aktiviti di sempadan negara kerana RazakSAT boleh merakamkan kira-kira empat hingga lima gambar setiap hari.

Katanya terdapat juga negara-negara yang terletak di kawasan Khatulistiwa berminat untuk mendapatkan imej yang dirakamkan oleh satelit itu. Satelit RazakSAT adalah satelit remote sensing pertama dunia yang dilancarkan di Near Equator Orbit (NEqO).

Imej pertama yang dirakamkan satelit itu ialah pada 20 Julai lalu di Koh Samui, Thailand.

Kira-kira 200 imej telah dirakamkan oleh satelit itu di beberapa lokasi di Malaysia sejak September hingga November lepas.

RazakSAT, dibangunkan oleh Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB), iaitu syarikat peneraju dalam pembangunan satelit Malaysia, dilancarkan pada 14 Julai tahun ini di Republik Marshall Islands. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan