Ejen Jualan Kereta Maut Langgar Tiang Lampu

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ejen jualan kereta maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang lampu lalu terbalik di Jalan Istana menghala ke Sungai Besi awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa Ang Chee Ee, 24, yang memandu Nissan XTrail mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda itu.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata lelaki itu yang bekerja di Edaran Tan Chong Motor dipercayai hilang kawalan ketika melalui tempat kejadian akibat jalan basah.

"Selepas terlanggar tiang tersebut, kenderaan itu terbalik beberapa kali sebelum mangsa tercampak keluar dari kereta akibat cermin pemandu pecah.

"Kita bagaimanapun akan menyiasat punca sebenar termasuk menghantar sampel air kencing dan darah bagi mengetahui sama ada mangsa mengantuk atau di bawah pengaruh alkohol," katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan