Abu Kassim Ganti Ahmad Said Ketuai SPRM Mulai 1 Januari

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya yang baru mulai 1 Januari ini menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan hari ini berkata Ahmad Said, 57, telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya, yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010, dipendekkan pada 31 Disember ini.

"Yang diPertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Abu Kassim, 48, sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baru berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," kata Sidek dalam satu kenyataan.

Abu Kassim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, dan Sarjana Sains dalam bidang Criminal Justice dari Michigan State University, Amerika Syarikat.

Abu Kassim dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Dis 1960 menyertai Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 Sept 1984 sebagai pegawai siasatan.

Beliau pernah menjadi Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar di ibu pejabat BPR, Pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Integriti, Amanah Raya Berhad.

Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jan 2007, dan dengan berkuatkuasanya akta baru pada 1 Jan 2009, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Sidek berkata kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahmad Said kerana sumbangannya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan