48 Helikopter, 105 Bot Dikerah Hadapi Banjir

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 48 buah helikopter, kebanyakannya milik Angkatan Tentera, selain bot penyelamat sudah bersedia dikerah ke seluruh negara bagi pelbagai operasi menyelamat terutama kawasan yang kini dilanda gelombang ketiga banjir.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata helikopter itu sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk dikerahkan sekiranya berlaku keadaan perhubungan jalan dan telekomunikasi terputus.

"Semuanya dalam siap sedia. Bila berlaku apaapa seperti terputus hubungan, tak dapat akses pada mana-mana tempat dan kalau bot pun tak boleh memasuki sesuatu kawasan, maka jalan yang terbaik ialah menggunakan helikopter," katanya.

"Helikopter, manamana pun boleh masuk dan kalaulah berlaku kecemasan... kalau kita nak keluarkan pesakit yang terperangkap ke hospital, maka helikopterlah cara yang terbaik," katanya.

Sementara itu beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat telah mewujudkan bilik gerakan yang lengkap dengan talian terus untuk makluman mengenai kenaikan paras air dan menyelaras usaha pemindahan.

Kata Thajudeen berdasarkan kajian dan ramalan Jabatan Meteorologi, bilik gerakan boleh menjangkakan kemungkinan banjir terutama apabila hujan lebat dan membuat persediaan awal.

Menurutnya sebanyak 105 buah bot penyelamat yang berharga lebih RM4 juta telah dihantar ke negeri-negeri yang menghadapi banjir serius.

"Di Kelantan kita telah hantar bot sebelum banjir lagi, begitu juga di Sarawak kita dah hantar semalam walaupun belum banjir lagi di sana," kata beliau.

Katanya bot-bot tersebut adalah sebagai tambahan kepada bot sedia ada yang dimiliki tentera, bomba, polis serta agensi-agensi yang lain termasuk kumpulan sukarelawan. Beliau berkata bot tersebut adalah dalam bentuk yang kecil bagi memudahkan pergerakan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap.

Thajudeen berkata sebanyak 4,744 pusat pemindahan diwujudkan di seluruh negara tahun ini, tambahan sebanyak 179 buah pada tahun lepas, dengan kemampuan menampung kira-kira 1.27 juta orang.

Beliau berkata persediaan menghadapi banjir sentiasa dipertingkatkan dari tahun ke setahun berdasarkan pengalaman sebelumnya.

Katanya sebanyak RM129 juta dibelanjakan sejak awal tahun ini dalam menghadapi banjir di seluruh negara iaitu dari segi pembelian kelengkapan seperti bot.

"Apabila banjir berlaku kita lebih menumpukan tenaga, menggerakkan tenaga kerja yang ada untuk menguruskan banjir tu sendiri," katanya.

Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana sudah merancang persediaan banjir sejak Ogos setelah menjangkakan kemungkinan banjir berlaku bulan lepas dan bulan ini. Katanya kerajaan berusaha sedaya mungkin untuk mengelakkan berlaku banjir seperti melaksanakan projek tebatan banjir.

Hasilnya, kata beliau, beberapa kawasan yang biasanya banjir di Pulau Pinang dan kawasan tertentu di Kedah tidak mengalami banjir.

Bagaimanapun, katanya langkah paling penting ialah menyediakan sistem amaran awal dan mengambil langkah mengurangkan risiko terutama keselamatan mangsa banjir.

Thajudeen juga menasihati mangsa banjir agar bekerjasama dengan agensiagensi kerajaan semasa banjir terutama arahan berpindah.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak yang begitu seronok bermain semasa banjir seolah-olah ia pesta air tetapi boleh membawa maut.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan