270 Orang Dikeluarkan Dari Depot Tahanan Sejak Ogos Lepas

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Seramai 270 orang warga asing, termasuk 71 wanita, yang menjadi mangsa ejen pemerdagangan orang yang ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Sepang KLIA telah dihantar balik ke negara asal, dibebaskan dan dipindahkan sejak Ogos lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Raja Mohd Raja Ismail berkata kesemua mereka tidak melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen sebaliknya menjadi mangsa ejen pemerdagangan orang.

"Mereka ditahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Selain menjadi mangsa pelacuran mereka juga menjadi mangsa kes pemerdagangan orang.

"Depot ini menjadi tempat perlindungan sementara kepada mereka yang ditahan untuk dijadikan saksi di mahkamah. Kita takut mereka diugut atau dieksploitasi pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas membawa wakil media melawat Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan dan Depot Tahanan Imigresen Sepang di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka itu ditahan sekurang-kurangnya selama 14 hari sebelum dibebaskan atau dihantar pulang ke negara asal.

" Hari ini sahaja seramai 21 orang telah dibebaskan tanpa syarat manakala 130 orang termasuk 62 wanita masih ditahan," katanya.

Katanya setiap hari bilangan penghuni depot itu akan berubah kerana akan ada tahanan yang keluar atau dimasukkan kerana kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Tinjauan Bernama mendapati keduadua depot tahanan itu kelihatan bersih dan kemas namun di blok tahanan lelaki Depot Tahanan Lenggeng penghuninya melebihi kapasiti sebenar.

Bernama difahamkan kapasiti sebenar Depot Tahanan Lenggeng ialah seramai 1,250 orang sahaja tetapi jumlah penghuni di situ kini seramai 1,586 orang termasuk 151 wanita.

Penghuni keduadua depot itu antaranya terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal, India, Pakistan, Thailand, China dan Filipina.

Dianggarkan secara puratanya peruntukan penyediaan makanan untuk penghuni keduadua depot berkenaan membabitkan RM250,000 sebulan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan