Terapkan Konsep 1Malaysia Dalam Silibus BTN

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kabinet bersetuju untuk membubarkan semula kurikulum kursus BTN supaya lebih inklusif dan tidak membelah-bahagikan rakyat negara ini mengikut kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Ini adalah berikutan polemik dan isu berbangkit telah timbul akibat larangan Biro Tata Negara (BTN) di negeri Selangor dan bakal diikuti oleh kerajaan Pulau Pinang.

Seperti yang sedia maklum, BTN telahpun mendapat pengiktirafan dari ISO 9001:2008.

Namun begitu, silibus baru ini dikatakan akan mula diperkenalkan untuk menyatukan semua kaum dan proses penyeragaman kursus BTN ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Mazlan Alimin ketika dihubungi mStar hari ini, beliau mempunyai pandangan yang berbeza di mana kursus BTN tidak sepatutnya wujud ekoran kaedah penerapan silibusnya berbaur isu perkauman.

Katanya lagi, beliau sememangnya boleh membuktikan bagaimana kursus BTN dijalankan dan dakwaan pihak pembangkang sebagai 'membasuh otak' sebenarnya wujud.

Namun begitu, bercakap mengenai silibus baru berkonsepkan 1Malaysia, beliau menyambut baik sekiranya tiada lagi isu perkauman dibangkitkan dalam kursus tersebut. Beliau juga berharap pembentangan mengenai usul tersebut sepatutnya dipercepatkan dan dibincangkan di peringkat parlimen.

Mengulas kembali kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu di Muar dipetik sebagai berkata, "bukan kita hendak tukar orang menjadi ahli UMNO atau Barisan Nasional (BN)".

Berdasarkan kenyataan tersebut, dapat dikonklusikan bahawa penyediaan kursus BTN bukan semata-mata membawa imej 'membasuh otak' yang telah dikeluarkan oleh pihak pembangkang tetapi memberi penekanan dari sudut pembangunan insan dan kredibiliti.

Amalan terhadap 'ceramah terbabas' dalam pelaksanaan Biro Tata Negara (BTN) juga dikatakan sebagai salah satu punca mengapa program BTN mula ditolak generasi pelapis penjawat awam kini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata, insiden terbabit sekaligus mengundang rasa tidak puas hati di kalangan peserta kerana mereka dipaksa menerima sepenuhnya tanpa sebarang pandangan dan ruang perbahasan.

"Sepatutnya penceramah tidak terkeluar dari tajuk ceramah berdasarkan modul asal supaya objektif dan misi sebenar dapat dilaksanakan dengan berkesan," kata Omar.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang yang menyusuli langkah kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya termasuk institusi pengajian, dan anak syarikat mengikuti BTN.

Omar yang juga pernah menjadi penceramah program BTN berkata, modul sedia ada perlu dirombak dan dan cara penyampaian perlu lebih segar agar selari dengan matlamat Gagasan 1Malaysia.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata, "sememangnya kursus BTN yang sekian lama diadakan adalah untuk memperkasakan bangsa Melayu supaya dapat menjadi bangsa yang unggul di samping dapat membentuk hala tuju sekaligus memberikan manfaat kepada negara".

"Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri semestinya disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat yang merupakan satu aspirasi menterjemahkan dalam bentuk visi dan misi" ujarnya ketika dihubungi mStar Online semalam.

Penelitian semula kursus BTN perlu dilihat secara objektif berdasarkan pecahan modul di mana ianya berkaitan dengan pengurusan integriti, akauntabiliti, moral dan etika serta pembangunan diri dan kumpulan selain menyentuh mengenai jasmani dan kesihatan.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Mazlan Alimin ketika dihubungi mStar hari ini, beliau mempunyai pandangan yang berbeza di mana kursus BTN tidak sepatutnya wujud ekoran kaedah penerapan silibusnya berbaur isu perkauman.

Katanya lagi, beliau sememangnya boleh membuktikan bagaimana kursus BTN dijalankan dan dakwaan pihak pembangkang sebagai 'membasuh otak' sebenarnya wujud.

Bercakap mengenai silibus baru berkonsepkan 1Malaysia

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan