Pandikar Amin Minta Menteri, Timbalan Menteri Jawab Soalan

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini meminta menteri dan timbalan menteri agar menjawab soalan dengan baik supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Perkara itu dibangkitkan apabila Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang telah mempersoalkan jawapan siapa yang boleh dipercayai apabila beliau dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) menerima jawapan berbeza mengenai sama ada kerajaan atau syarikat konsesi yang membayar diskaun tol 20 peratus kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan kad Touch n Go melebihi 80 kali sebulan.

Pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada Isnin lepas, Teo berkata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng memaklumkan kepadanya bahawa kos itu ditanggung oleh syarikat konsesi lebuh raya sebagai memenuhi tanggung jawab sosial mereka.

Teo berkata jawapan bertulis daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak yang diterima oleh Pua pula menyatakan kerajaan yang membiayai kos itu bagi mengurangkan beban pengguna lebuh raya.

"Lain kali menteri-menteri apabila menjawab, jawablah dengan baik. Jangan hujah sahaja...(cakap) lepas-lepas," kata Pandikar Amin selepas sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan.

Pandikar Amin berkata ada kemungkinan Yong tidak sedar dan tidak berniat untuk memberikan fakta yang bertentangan mengenai perkara itu kerana tidak ada menteri yang sengaja bercakap bohong apabila menjawab berhubung sesuatu isu.

"Saya telah beritahu menteri macam itu (jawab soalan dengan baik) tapi kalau Serdang tanya (pihak) mana yang betul, mana yang tidak, manalah saya tahu," katanya.

Terdahulu Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) mengemukakan usul bagi membahaskan isu royalti minyak kepada Kelantan tetapi ditolak oleh Pandikar Amin di dalam kamar kerana perlu memberi ruang bagi menyelesaikan Aturan Mesyuarat mengikut jadual seperti mana yang ditetapkan.

Beliau juga menolak usul oleh Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) bagi membahaskan kejadian tanah di Bukit Antarabangsa kerana tidak mematuhi prosedur. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan