Kementerian Pelajaran Pantau Masalah Keciciran Pelajar

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sentiasa memantau masalah keciciran di kalangan pelajar di seluruh negara dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah itu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini antara langkah itu ialah menambah baik kemudahan asas, memperbanyak program motivasi, meningkatkan kesedaran ibu bapa, mewujud dan memperluas programprogram bantuan seperti menyediakan Biasiswa Kecil Persekutuan.

"Selain itu, Kementerian Pelajaran juga memberikan Elaun Murid Khas sebanyak RM150 sebulan kepada semua pelajar pendidikan khas (OKU), kemudahan asrama, Skim Pinjaman Buku Teks, Skim Insurans Takaful Kemalangan Kelompok, Pemansuhan Yuran Peperiksaan, pakaian seragam, penambahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Program Susu Sekolah, Rancangan Makanan Tambahan dan sebagainya kepada pelajar untuk menarik minat dan rangsangan ibu bapa mendaftarkan anakanak mereka ke alam persekolahan," katanya.

Beliau berjata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teng Boon Soon (BNTebrau) yang ingin tahu tindakan kerajaan untuk menangani masalah 125,000 kanak-kanak yang masih tidak memulakan persekolahan seperti yang didedahkan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Teng juga mahu tahu bila kerajaan bersedia mendirikan sekolah mengikut keperluan rakyat setempat tanpa mengira aliran pelajaran.

Muhyiddin berkata program vokasional kemahiran turut disediakan kepada murid yang berminat dalam usaha meningkatkan peluang-peluang kemahiran.

Program transisi dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dipertingkatkan agar murid-murid pendidikan khas mendapat akses dan ekuiti yang sama di aliran perdana, katanya.

Mengenai pembinaan sekolah baru, beliau berkata kementerian sentiasa berusaha menyediakan kemudahan pendidikan yang sempurna dan mencukupi mengikut keperluan dan keutamaan di sesuatu kawasan.

"Kementerian Pelajaran juga sentiasa memastikan kemudahan pendidikan yang disediakan adalah untuk semua kaum atau golongan masyarakat dan dalam hal ini, projek pembangunan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan bilangan penduduk sesuatu kawasan ataupun kewujudan kawasan perumahan baru," katanya. Selain itu, beliau berkata kementerian berusaha ke arah menyatupadukan rakyat dan satu pendekatan yang digunakan ialah dengan penubuhan lebih banyak sekolah kebangsaan bagi semua golongan masyarakat selaras dengan dasar kerajaan untuk memperkasakan sekolah itu.

Sementara itu, dalam maklumat tambahan yang dikepilkan bersama jawapan bertulis itu, pengiraan data murid tercicir dibuat berasaskan kepada "cohort analysis, iaitu berdasarkan kepada bilangan murid yang tidak meneruskan persekolahan ke peringkat selanjutnya".

Data terbaru yang dikumpulkan dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5, bilangan murid tercicir pada 2008 telah menurun dengan jumlahnya seramai 31,939 orang.

Petunjuk Prestasi Utama Menteri (MKPI) kementerian itu mensasarkan semua murid yang bukan berkeperluan khas dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

Sasaran MKPI itu akan dilaksanakan pada 2010 yang melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah. Kementerian itu mewujudkan Kelas Intevensi Awal Menulis dan Membaca (KIA2M) yang bertujuan menangani masalah murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis serta mengira dan strategi telah dirangka bagi menyokong keberkesanan program ini melalui sistem penyampaian berkualiti, sokongan intevensi dan penglibatan komuniti.

Usaha penambahbaikan dan pengubahsuaian program itu akan dijalankan pada 2010 melalui program literasi dan numerasi (LINUs) yang mempunyai matlamat untuk memastikan semua murid normal yang berada pada tahap 1 bermula Tahun 1 hingga Tahun 3 akan dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi menjelang 2012.

Sehubungan itu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM78,283,814 untuk menjalankan program ini.

Program LINUS menekankan kepada penguasaan literasi iaitu kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi.

Numerasi ialah kebolehan melakukan operasi asas Matematik serta memahami idea Matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik dalam kehidupan harian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan