Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Bertambah

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan pada sebelah pagi ini bertambah menjadikan keseluruhannya 59 orang berbanding 36 orang pada malam tadi.

Jurucakap Bilik Kawalan Operasi Banjir Negeri berkata setakat pukul 9 pagi ini, mereka yang dipindahkan adalah seramai 17 orang di Tumpat, Pasir Puteh (16) dan bakinya di daerah ini.

"Perpindahan itu berikutan hujan lebat di tiga jajahan terbabit sejak tiga hari lalu," katanya kepada Bernama di sini.

Hujan lebat itu juga menyebabkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini melepasi bahaya iaitu di paras 9.60 meter.

Paras bahaya sungai itu adalah 9 meter dan sehubungan itu jurucakap berkenaan meminta penduduk di tebing sungai berkenaan agar mengambil langkah berwaspada dan bersiap sedia untuk berpindah.

Sungai utama yang lain juga masing-masing kini berada di paras waspada dan dilaporkan air semakin surut.

Tiada jalan utama menghubungkan negeri ini ditutup kepada lalu lintas dan banjir gelombang ketiga ini telah mengorbankan lima nyawa dan terbaru melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Wan Muhammad Azafar Wan Ahmad tengah hari semalam.

Cuaca di Kelantan ketika ini mendung dengan sesekali hujan lebat dilaporkan masih berlaku terutama di jajahan ini dan Pasir Mas.

Di Terengganu, keadaan banjir di seluruh negeri semakin buruk dengan 3,473 mangsa banjir terpaksa dipindahkan manakala hampir semua sungai berada dalam paras bahaya.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata mangsa perpindahan yang paling ramai sekali setakat ini ialah 812 di daerah Hulu Terengganu dan 609 orang di Dungun.

Lain-lain daerah ialah Kuala Terengganu (409), Marang (527), Kemaman (371), Besut (227) dan Setiu (409), dalam masa yang sama 64 pusat pemindahan telah dibuka di seluruh negeri.

Jurucakap itu berkata semua jalan utama di Terengganu boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan, kecuali Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Paka, ditutup satu lorong. Katanya Jalan Kuala Terengganu-Besut, melalui jalan pantai yang ditutup kepada kenderaan di Kampung Tembila semalam, sudah boleh dilalui pagi ini.

Jurucakap itu berkata sebanyak 26 batang jalan negeri telah dinaiki air dan ditutup sama ada kepada kenderaan ringan atau kepada semua jenis kenderaan pagi ini iaitu di Marang (5), Kuala Terengganu (1), Hulu Terengganu (5), Besut (3), Setiu (5), Kemaman (3) dan Dungun (4).

Beliau berkata paras air sungai di hampir semua sungai utama di Terengganu telah meningkat dan melebih paras bahaya pagi ini.

Mengikut bacaan pada pukul 9 pagi ini, di Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, kedudukan paras air 8.69 meter, meningkat melebihi paras bahaya (bahaya 8.5 meter).

Sungai Nerus, dua tempat menunjukkan melebihi paras bahaya iaitu di Kampung Langkap air setinggi 21.90 meter (bahaya 21.5 meter) dan di Pengkalan Merbau 17.6 meter (bahaya 16.5 meter).

Sungai Berang, Hulu Terengganu di Pengkalan Ajal pula kedudukan terkini adalah 17.19 meter (bahaya 16 meter).

Sementara Sungai Dungun di Kampung Kuala Jengai paras air sekarang 20.54 meter (bahaya 19.5 meter), di Jambatan Jerangau 12.35 meter (bahaya 12.2 meter) dan Sungai Kertih, Kemaman di Batu Putih 4.32 meter (bahaya 3.2 meter). BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan