Isu Ketuanan Melayu Hangatkan Persidangan Dewan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu Ketuanan Melayu menghangatkan Dewan Rakyat sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara beberapa Anggota Parlimen.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan yang mula kecoh selepas isu itu dibangkitkan oleh M.Kulasegara (DAPIpoh Barat).

"Tolonglah Yang Berhormat, setiap kali berhujah, mestilah berhujah seperti seorang ahli Parlimen, bukan seorang ahli politik.

"Apabila bersikap sebagai ahli Parlimen, ahli Yang Berhormat akan ingat dengan peraturan mesyuarat, jangan sama sekali menzahirkan perkataan yang menggamit reaksi negatif dari kawan sebelah.

"Kalau mahu bercakap seperti ahli politik, buat di luar, bukan dalam waktu perbahasan, tolonglah ini mesyuarat ahliahli Yang berhormat, jadi jangan timbulkan lagi perkara begini, Ipoh Barat," kata Pandikar Amin. Kulasegaran membangkitkan isu Ketuanan Melayu ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon berhubung perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata isu perpaduan di Malaysia menghadapi halangan dan kekangan seperti isu Ketuanan Melayu yang disifatkannya sebagai satu diskriminasi kepada kaum lain di negara ini.

"Dasar Ekonomi Baru juga sangat memberi tentangan kepada keharmonian," katanya menyebabkan beberapa Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional berdiri dan menjerit membantah.

Speaker kemudian mengarahkan kesemua Anggota Parlimen itu duduk sebelum meminta Koh menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PKRGopeng) dan mengetepikan soalan Kulasegaran.

Terdahulu, Koh ketika menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BNLenggong) berkata kedudukan Malaysia di tempat ke-26 dalam Indeks Keamanan Sedunia adalah lebih baik berbanding Sepanyol (28), Perancis (30), Britian (35), Indonesia (67), Filipina (114) dan Thailand (118).

Koh berkata Malaysia sentiasa berusaha memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia.

"Sekiranya kita semua mempunyai sikap yang positif dan terbuka, dan tidak hanya melihat aspek negatif sahaja, kita pasti akan mampu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul," katanya.

Pada peringkat ini, Mohamed Aziz (BNSri Gading) bangun dan berkata:

"Menteri sila jawab soalan jahat yang telah dibangkitkan Ipoh Barat. Tolong jawab bagi pihak orang Melayu, jangan beri jawapan selamat."

Pandikar Amin kemudian menegur tindakan Datuk Bung Mokhtar Radin (BNKinabatangan) yang bangun untuk menyokong Mohamed.

"Kinabatangan sudahlah, saya sudah beritahu tadi. Jangan buat kacau tak tentu...soalan penting dan dijawab dengan baik.

"Bagaimana kita boleh beri teladan yang baik kepada rakyat jika tunjukkan satu sikap begini," katanya.

Sebelum itu, Koh berkata walaupun menghadapi pelbagai cabaran kerana mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan mengamalkan agama yang berlainan, Malaysia masih mampu memelihara keadaan aman dan kestabilan.

Katanya terdapat empat faktor yang menjadi pemangkin utama iaitu asas-asas kenegaraan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, perhubungan silaturrahim serta semangat muhibah dan tolakansur yang diamalkan, formula kerjasama politik, dan wawasan negara, gagasan 1Malaysia, dasar-dasar dan program pembangunan sosioekonomi bagi memupuk perpaduan, selain sistem ekonomi perusahaan bebas.

Koh berkata beberapa program telah dilaksanakan oleh beberapa kementerian seperti Skim Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan selain mengadakan program penerangan untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan bagi mendapatkan maklumat balas serta pandangan rakyat.

Beliau berkata sebahagian besar program itu hanya dapat berhasil sekiranya dilaksanakan dengan berkesan dengan penyertaan ramai di peringkat akar umbi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan