Anggota MCA Digesa Tidak Bahas Isu Parti Secara Terbuka

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai Khamis menggesa semua pemimpin dan anggota parti itu agar tidak membahaskan isu berkaitan mesyuarat agung tahunan (AGM) MCA akan datang secara terbuka.

Liow, yang juga Menteri Kesihatan, berkata sebaliknya, semua isu berkenaan kini perlu dibincangkan melalui jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Marilah kita hentikan segera perang yang dilancarkan melalui media selama ini kerana semua isu yang ingin dibincangkan kini boleh disuarakan melalui jawatankuasa khas yang telah dibentuk," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek RM500,000 kepada tabung pembinaan SRJK (C) Chong Teik Balik Pulau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penubuhan jawatankuasa khas MCA pada Rabu bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda parti itu.

Kata Liow parti itu perlu berusaha mengukuhkan kedudukannya dan memenuhi hasrat anggota MCA serta masyarakat Cina, bukan sibuk berperang melalui media.

"Kita perlu selesaikan masalah parti dengan segera agar AGM dapat diadakan dengan secepat mungkin," katanya.

Jawatankuasa itu bertanggungjawab mengkaji perlembagaan parti dan mengemukakan syor sama ada pemilihan baru perlu diadakan bagi sayap Pemuda dan Wanita MCA serta diberi masa dua minggu untuk melaporkan hasil kajiannya kepada jawatankuasa pusat.

Ia dianggotai Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng, Liow dan tiga Naib Presiden - Datuk Kong Cho Ha, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Tan Kok Hong - Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datuk Paduka Chew Mei Fun.

Empat anggota jawatankuasa pusat MCA - Datuk Seri Tan Chai Ho, Gan Ping Sieu, Datuk Liew Yuen Kong dan Senator Heng Seai Kie - serta Penasihat Undang-undang parti itu Lim Hong Seng, juga menganggotainya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan