Tauliah: Saya Akan Rayu Pada Sultan Dan Kerajaan Negeri, Kata Khalid

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad akan memohon campur tangan Sultan dan kerajaan negeri Selangor berhubung isu pelucutan tauliah mengajar agama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam berkata, tindakan itu bagaimanapun bergantung kepada keputusan mesyuarat JAIS esok yang akan membincangkan kes pelucutan tauliah beliau serta kes penahanan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin.

"Saya akan rayu kepada kerajaan negeri dan jika perlu saya akan cuba merayu kepada Sultan. Tapi kena tunggu dulu sebab Jais akan bermesyuarat esok untuk bincang isu ini dan mungkin juga kes Dr Asri (bekas Mufti Perlis) bagi menentukan keputusan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

JAIS, pada 14 Oktober lepas menarik balik tauliah sementara kepada Khalid sebagai penceramah bebas di negeri itu atas alasan mempunyai rekod jenayah.

JAIS membuat keputusan tersebut setelah menerima surat daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 8 Oktober 2008 yang meminta jabatan itu membatalkan pentauliahan Khalid kerana dikatakan mempunyai rekod jenayah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan