Restoran Diletupkan Dengan IED - Polis

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Alat letupan yang memusnahkan sebuah bangunan restoran yang sedang dibina di Jalan Pandan 1, Stulang awal kelmarin bukan C4 atau bom tangan sebagaimana dilaporkan oleh media tertentu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif berkata ia alat letupan buatan sendiri terdiri daripada bahan-bahan bunga api. "Ini laporan awal diberikan kepada saya oleh unit forensik dan kami masih menunggu laporan konklusif dari Jabatan Kimia," katanya mengulas perkembangan kes itu pada perasmian Loji Janakuasa Tanjung Bin di sini.

Mokhtar juga berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa suspek dan akan membuat tangkapan tidak lama lagi.

Beliau menegaskan letupan itu tidak kena mengena dengan perbuatan ekstrim tetapi akibat persaingan perniagaan.

Polis percaya mereka yang terlibat cuba menyekat restoran itu daripada dibuka untuk perniagaan yang mengikut jadual pada 5 Disember.

Tidak ada kecederaan dalam letupan itu, berlaku kira-kira 2.30 pagi, kata Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan