Pemansuhan Subsidi Gula Perlu Dikaji Dengan Teliti

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason merasakan hasrat kerajaan untuk menarik balik subsidi terhadap gula yang baru di peringkat cadangan harus dilakukan secara berperingkat dan dikaji secara teliti.

Marimuthu dalam kenyataannya ketika dihubungi mStar Online memberitahu, bekalan gula harus mencukupi di pasaran dan kerajaan harus melihat kesan pemansuhan subsidi ini kepada golongan miskin tegar sebelum melaksanakan cadangan tersebut.

"Penekanan terhadap golongan miskin harus menjadi keutamaan kerana ianya bakal membebankan mereka," katanya.

Beliau dalam pada itu mencadangkan penggunaan kupon kepada golongan miskin tegar untuk mendapatkan gula pada harga mampu yang ditetapkan oleh kerajaan dapat membantu golongan itu.

Marimuthu bimbang terhadap segelintir tindakan peniaga yang akan mengambil kesempatan terhadap cadangan oleh kerajaan dengan menaikkan harga barangan lain yang berkaitan atau berorientasikan gula.

"Ini pasti akan berlaku. Peniaga akan mengambil kesempatan dengan menaikkan sewenang-wenangnya harga barangan lain dengan alasan kenaikan harga gula sama seperti ketika kenaikan harga petrol tahun lalu", katanya dalam nada risau.

Namun Presiden FOMCA itu menyokong cadangan kerajaan sekiranya subsidi terhadap gula ditarik balik dan berharap pengguna bertenang dan tidak cepat melenting.

"Kerajaan tidak boleh selamanya memberi subsidi kepada rakyat, jadi rakyat harus faham dengan situasi ini," katanya ringkas.

Bagi Datuk Jamalrul Khan Kader, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA),beliau menyuarakan kerisauan terhadap bebanan pengguna yang akan menanggung akibat sekiranya kerajaan menarik balik subsidi gula.

"Jika perkara ini terjadi, kita kena fikir rasionalnya. Harga barang yang pasti melambung akan menyebabkan peniaga restoran akan menaikkan harga makanan. Kenaikan ini bukan disengajakan tetapi pengusaha restoran terpaksa menanggung kos yang tinggi," ulasnya apabila ditanya kemungkinan para peniaga menaikkan harga makanan.

Jamalrul walaubagaimanapun menolak alasan kerajaan untuk menarik balik subsidi ini kerana ingin mengurangkan kadar pengambilan gula dikalangan rakyat dan mengalakkan gaya hidup sihat.

"Saya tidak fikir alasan ini kuat untuk dijadikan alasan kerana bebanan yang bakal ditanggung rakyat perlu diberi keutamaan.Namun kita kena terima hakikat sekiranya cadangan menarik subsidi itu bakal dilaksanakan," katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya memandang serius terhadap cadangan ini dan akan mengusulkan ke kabinet tidak lama lagi.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan