LIMA Masih Dapat Sambutan : Najib

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) tetap mendapat sambutan terutamanya peserta antarabangsa walaupun dalam keadaan sukar ekoran krisis ekonomi dunia.

Perdana Menteri berkata peserta dan pengunjung masih melihat LIMA sebagai platform yang relevan dan mampu memberi manfaat.

"LIMA merupakan satu pertunjukan udara dan maritim yang sudah ternama di rantau ini, (dan) meskipun kita menghadapi krisis ekonomi dunia, sambutan kali ini amat menggalakkan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan beberapa majlis menandatangani memorandum dan kontrak antara kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat industri pertahanan sempena LIMA 2009 di sini hari ini.

LIMA 2009, yang bermula semalam dan berakhir Sabtu ini, menyaksikan penyertaan 325 pempamer dari 25 negara. Antara syarikatsyarikat antarabangsa yang terlibat ialah Eurocopter, BAE Systems, Thales dan DCNS Group.

Mula dianjurkan pada 1991, LIMA kini menjadi destinasi utama bagi syarikat pengeluar peralatan dan kelengkapan udara dan maritim yang menyasarkan pasaran Asia Pasifik dalam sektor pertahanan, penguatkuasaan dan sivil.

Najib juga berkata beliau berpuas hati dengan penyertaan pesawat dan kapal pada LIMA 2009.

"Dari segi penyertaan, kali ini, maritim adalah yang paling besar," katanya.

Sebanyak 54 pesawat dan 99 kapal termasuk kapal perang mengambil bahagian pada LIMA edisi kali ini.

Najib turut memuji keupayaan syarikatsyarikat tempatan yang semakin meningkat sehingga berjaya bersaing dengan syarikat antarabangsa.

"Keempatempat langkah yang telah diambil oleh kerajaan selama ini, telah berjaya dan ia tidak berlaku sekelip mata, tetapi secara berperingkatperingkat telah membawa kepada kemampuan syarikat-syarikat tempatan yang diiktiraf di rantau ini dan juga seantero dunia," katanya.

Antara langkahlangkah yang diambil kerajaan dalam membantu syarikatsyarikat tempatan ialah menyokong program pembangunan vendor dan melalui dasar pembelian kerajaan.

"Melalui dasar pembelian kerajaan di mana sekiranya ada kemampuan pihak syarikat tempatan, kita beri keutamaan kepada syarikat tempatan, dan juga pendekatan kita untuk melaksanakan pembelian berdasarkan projek atau program nasional seperti 'government integrated radio network' (GIRIN) yang memudahkan komunikasi 13 buah jabatan kerajaan," katanya.

ketika ditanya tentang idea baru untuk LIMA pada masa depan, Najib berkata terpulang kepada Kementerian Pertahanan untuk membuat apaapa cadangan.

"Saya harap LIMA ini dapat kita teruskan sebab bila ada LIMA ini, ia dapat menjurus kepada satu acara kemuncak, jadi semua program kita menghala kepada LIMA untuk jadi majlis menandatangi kontrak dan sebagainya," katanya.

Najib berkata penganjuran LIMA di Pulau Langkawi akan turut membantu dalam memajukan industri pelancongan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan