'Jangan Paksa Tok Guru Berhenti'– Mahfuz

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini meminta pemimpin parti itu berhenti membuat spekulasi berhubung pengganti Menteri Besar Kelantan kerana tindakan tersebut hanya memberi tekanan kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jangan paksa Tok Guru (Nik Aziz) berhenti, berilah beliau peluang untuk terus memimpin parti. Saya tak nampak ada keperluan untuk beliau namakan penggantinnya sekarang.

"Tok Guru masih sihat, buah fikiran dan tenaga beliau (Nik Aziz) masih diperlukan terutamanya dalam soal pembangunan negeri Kelantan," katanya kepada mStar Online di sini pada Rabu.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah yang dipetik sebagai berkata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob merupakan pemimpin paling layak dilantik Menteri Besar Kelantan, jika Nik Aziz, melepaskan jawatannya.

Isu itu tercetus apabila Nik Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon penggantinya bagi mengelakkan berlakunya sebarang perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau berundur.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu berhubung pelantikan Menteri Besar Kelantan perlu dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan PAS pusat.

"Saya faham setiap individu ada hak untuk berikan pendapat dan kenyataan masing-masing cuma perlu diingat sebagai sebuah parti kita perlu menghormati prinsip organisasi yang kita pegang selama ini.

"Jika Tok Guru sudah ada calon untuk menggantikannya sekali pun beliau perlu maklumkan kepada pimpinan PAS pusat untuk kita bincang dalam mesyuarat," katanya.

Minggu lalu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS turut tidak menolak kenyataan bahawa wujudnya kumpulan pelapis dalam PAS negeri yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.

Sehingga kini, Ahmad disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan.

Beliau dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Kelantan kerana ketokohannya sebagai pemimpin ulama dan dirinya yang dilihat bersih daripada sebarang isu kontroversi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan