Jalan Kota Kinabalu-Ranau Akan Dibuka Sepenuhnya Esok

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kilometer 65 di Jalan Kota Kinabalu-Ranau yang terjejas akibat tanah runtuh awal pagi kelmarin dijangka dibuka sepenuhnya esok pagi sekiranya cuaca terus baik bagi memudahkan kerja pembersihan, kata Jurutera Eksekutif Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Kinabalu, Vincent Chua hari ini.

Katanya, jalan sepatutnya dibuka awal pagi ini tetapi tanah dan batu masih menuruni bukit yang runtuh di jalan itu berikutan hujan yang berterusan semalam menyebabkan kelewatan pada kerja pembersihan jalan.

"Seperti semalam, hanya satu laluan sahaja boleh dilalui dan dibuka selama 30 minit setiap jam agar kami boleh membuat kerja-kerja pembersihan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Chua juga berkata tidak banyak kenderaan yang melalui jalan itu sejak semalam memandangkan kebanyakan pengguna jalan itu tahu tentang keadaan tanah runtuh di kawasan berkenaan dan memilih untuk menggunakan jalan lain.

Pada kejadian kira-kira pukul 1 pagi kelmarin, tanah runtuh setinggi 50m dan lebar 10m telah menutupi kawasan jalanraya sejauh 100m menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang 3km. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan