Eurocopter-MAHB Bangun Pusat Helikopter

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Eurocopter Malaysia Sdn Bhd bersama dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan membangunkan pusat helikopter di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Airport di Subang, Selangor.

Pusat itu akan menempatkan helipad (lapangan pendaratan helikopter) dan simulator penerbangan penuh helikopter (FFs) yang pertama kalinya di Malaysia.

Ia dijangka mula beroperasi pada 2011, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Eurocopter Malaysia Pierre Nardelli kepada pemberita selepas permeterian memorandum persefahaman (MoU) di sini, hari ini, antara kedua-dua syarikat itu.

"Pusat itu akan menempatkan simulator penerbangan EC225 ketiga kami yang akan menyediakan kepada keperluan pelanggan kami di Asia," katanya sambil menambah lebih 500 peluang pekerjaan diwujudkan daripada pembangunan pusat tersebut.

Beliau berkata, Eurocopter juga akan menyediakan kepakaran dan pengalamannya kepada Pusat Aeroangkasa Antarabangsa Malaysia (MIAC) bagi pembangunan dan perancangan pusat tersebut.

Pengarah urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad berkata, pusat tersebut merupakan satu daripada enam komponen pembangunan MIAC.

Ia akan menjadi hab bagi semua aktiviti dan operasi helikopter seperti baik pulih penyenggaraan (MRO) bagi helikopter, garaj hangar dan tempt letak helikopter, katanya.

Komponen utama pusat helikopter itu adalah helipad, terminal servis helikopter, kemudahan baharu Eurocopter, hangar helikopter dan stesen pembaikan dan prasarana serta utiliti berkaitan.

Eurocopter Malaysia merupakan satu-satunya pengeluar helikopter dengan penyenggaraan menyeluruh dan pusat perkhidmatan MRO di Malaysia. Ia diperbadankan pada 2002.

Dengan tenaga kerja seramai 150 orang dan mempunyai operasi di Subang, Miri dan Kerteh, ia menyediakan spektrum perkhidmatan meluas terdiri daripada penyenggaraan berjadual dan tidak berjadual, pengubahsuaian pesawat serta sokongan logistik. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan