Yayasan 1Malaysia Sambut Baik Keputusan Kabinet Rombak Program BTN

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan 1Malaysia (Y1M) menyambut baik keputusan Kabinet merombak semula kurikulum Biro Tata Negara (BTN) sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Y1M, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata keputusan tersebut adalah sesuai memandang tumpuan harus diberikan bagi merealisasikan konsep 1Malaysia.

"Objektif BTN adalah mulia dan ia harus menjadi tanggungjawab pengendali dan penyelaras program memastikan sumbangan secara berkesan kepada pembinaan negara pelbagai kaum, memperkukuhkan semangat patriotisme dan menggalakkan integrasi dan perpaduan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya yayasan itu berpendapat bahawa program BTN harus membantu memberi makna kepada semangat 1Malaysia, menjadikannya program lebih inklusif kepada pelbagai kaum dan menyumbang ke arah meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Kabinet bersetuju kepada rombakan tersebut dan meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan membincangkan perkara itu dengan BTN. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan