Tokoh Penyiaran Malaysia Sambut Harijadi Ke-85

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Sri Ahmad Othman Merican dan isteri Puan Sri Mahani Abdullah ditemani sanak saudara memotong pulut kuning pada majlis sambutan hari jadi beliau di sebuah hotel, di sini, malam tadi. Pengasas Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu menyambut ulang tahun ke-85, manakala Mahani pula menyambut ulangtahun ke-81.-Foto BERNAMA.
Tan Sri Ahmad Othman Merican dan isteri Puan Sri Mahani Abdullah ditemani sanak saudara memotong pulut kuning pada majlis sambutan hari jadi beliau di sebuah hotel, di sini, malam tadi. Pengasas Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu menyambut ulang tahun ke-85, manakala Mahani pula menyambut ulangtahun ke-81.-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Tokoh penyiaran negara yang juga ahli muzik terkemuka Tan Sri Ahmad Othman Merican menyambut hari lahirnya yang ke-85 pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini semalam.

Pengasas Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu diraikan oleh sanak saudara dan rakanrakan termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Majlis itu diserikan dengan persembahan oleh penyanyi Salamiah Hassan dan Datin Julie Sudiro yang diiringi oleh kombo RTM. Anak kelahiran Pulau Pinang itu pernah menjadi orang kuat bagi TV3, NTV7, Malaysia Airlines System (MAs) dan kini merupakan seorang ahli lembaga International College of Music (ICON) Malaysia.

Beliau juga pernah menerima beberapa anugerah seperti Tokoh Penyiar 1994, Anugerah Wirama 1996 dan Anugerah Nadi Cipta 1999. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan