Tindak-Tanduk Nik Aziz Lambang Sikap Pas : Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat patut kekal menjadi pemimpin parti itu kerana banyak perkara yang akan dilakukannya dapat mencerminkan sikap sebenar parti berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata terserah kepada Menteri Besar Kelantan itu sama ada mahu terus kekal menerajui parti berkenaan walaupun pelbagai pihak meminta beliau supaya berundur.

"Saya rasa biarlah Nik Aziz lama dalam Pas kerana ia berguna juga. Banyak perkara yang dilakukannya mencerminkan sikap sebenar Pas.

"Kalau ketua mereka timbulkan kucar kacir, rakyat khususnya orang Islam, tentu rasa tidak selesa dan bimbang kerana beliau buat pelbagai fatwa yang songsang yang bercanggah dengan agama.

"Sebab itu lagi lama beliau memerintah, lagi baik kerana beliau mencerminkan hala tuju Pas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan loji janakuasa Tanjung Bin di Serkat, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin juga berkata beliau hairan kenapa ramai tokoh agama dalam Pas takut untuk menegur pemimpin mereka.

"Inilah yang membawa kesan yang buruk. Inilah yang aneh kerana mereka tidak berani menegur pemimpin sendiri. Mungkin ada, saya tidak tahulah. Pemimpin Pas sama-sama bersubahat. Dalam Islam kalau kita tidak tegur perbuatan yang salah, kita turut bersubahat dengan orang yang melakukan kesilapan," katanya.

Mengulas mengenai perbuatan beberapa pemimpin DAP memijak poster tiga anggota Bebas, Dewan Undangan Negeri Perak pada konvensyen parti berkenaan semalam, Muhyiddin berkata ia adalah tindakan tidak bermoral dan tidak menguntungkan pembangkang.

"Rakyat juga boleh menilai perbuatan mereka kerana walaupun kita jadi pembangkang (di Perak) tetapi kita tidak pernah melakukan sebegitu. Ini menggambarkan akhlak yang rendah," katanya.

Muhyiddin berkata pelbagai perkara boleh berlaku dalam politik kerana pihak kerajaan dan pembangkang tidak bersetuju antara satu sama lain namun semua pihak perlu menekankan nilainilai etika dan saling menghormati.

Poster wajah Anggota Dewan Undangan Negeri Jelapang, Hee Yit Foong, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu, diletakkan di lantai pintu masuk dewan dan dipijak oleh mereka yang hadir ke konvensyen itu.

Mengenai hasrat bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang ingin berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi membolehkan beliau pulang ke Malaysia, Muhyiddin berkata kerajaan tetap bertegas dan tidak berganjak daripada keputusan tidak membenarkan Chin Peng pulang semula ke negara ini.

"Keputusan itu sudah muktamad dan tidak akan berganjak walaupun apa orang lain kata. Keputusan ini dibuat oleh kabinet, dan kabinet masih bertegas dan kita tidak akan membuat keputusan lain," katanya.

Chin Peng, 85, melahirkan hasrat untuk dapat bertemu Najib apabila Perdana Menteri melawat selatan Thailand pada minggu kedua bulan ini.

Chin Peng dilaporkan berkata beliau ingin kembali ke Malaysia ialah menemui keluarganya dan memberikan penghormatan kepada nenek moyangnya di Sitiawan, Perak.

Namun hasratnya itu dibantah keras oleh rakyat khususnya kalangan bekas tentera yang tahu tentang kekejaman komunis semasa di bawah pimpinan Chin Peng. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan