Tindakan Pijak Gambar Tidak Berbudaya - Rais

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan tindakan pemimpin DAP memijak poster yang memaparkan wajah tiga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang semasa Konvensyen DAP Perak sebagai langsung tidak berbudaya serta tidak menghormati hak individu dan demokrasi.

Katanya perbuatan itu tidak langsung sinonim dengan masyarakat Malaysia atau prinsip Rukunegara malahan Perlembagaan negara.

"Saya boleh nyatakan kelakuan mereka dalam DAP yang pijak foto bekas rakan mereka itu adalah perbuatan langsung tidak berbudaya malah lebih terkutuk dari masyarakat yang tiada bimbingan di dunia luar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian Ahad lepas.

Terdahulu Rais melancarkan "Buku Kebudayaan Malaysia: Sebuah Pengenalan" di Auditorium Kompleks Kraftangan Malaysia di sini.

Pada konvensyen tersebut, poster yang memaparkan wajah tiga Adun iaitu Hee Yit Fong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) diletakkan di pintu masuk bertujuan agar perwakilan yang menghadiri konvensyen itu meminjak poster mereka.

"Ini menunjukkan bahawa politik pada diri mereka (perwakilan dan pemimpin DAP) mengatasi segalagalanya dan (mereka) tiada langsung perasaan kemanusiaan atau penghormatan terhadap individu dan hak demokrasi mereka," kata Rais.

Rais berkata jika DAP menghargai nilai demokrasi mereka harus menerima hakikat bahawa ketigatiga Adun itu keluar parti atas prinsip perjuangan mereka.

"Kenapa foto mereka dipijak sambil masuk ke dewan? Ketigatiga mereka boleh ambil tindakan sekiranya mereka mahu dengan meletakkan gambar Lim Kit Siang bersama gambar rakanrakan lain dalam pakatan pembangkang dan dipijak oleh orang lain.

(Fikirkan) macam mana rasanya," kata Rais. Rais juga berkata gelagat berfikiran sempit dan politik kurang ajar seperti itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Sementara itu Pergerakan Puteri Umno mengutuk sekerassekerasnya perbuatan biadap pemimpin DAP yang memijak poster tiga wakil rakyat bebas itu yang secara terang dan nyata bertujuan menghina mereka.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu kenyataan di sini hari berkata, tindakan seumpama itu jelas bertentangan dengan semangat perpaduan dan saling hormat menghormati yang menjadi teras masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Perbuatan sengaja menjadikan poster ketigatiga wakil rakyat bebas itu seperti 'kain pengesat kaki' sememangnya kurang ajar dan mempermainkan hak serta kebebasan seseorang itu untuk memilih parti yang ingin diwakilinya", katanya.

Beliau berkata pemimpin veteran seperti Lim Kit Siang sepatutnya menjadi teladan kepada barisan pemimpin muda dan bukannya bertindak di luar batas kesusilaan sehingga tergamak memijak gambar wakil rakyat tersebut sematamata berbeza pandangan dalam politik.

Rosnah juga berkata beliau kesal dengan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang selama ini bercakap mengenai kesederhanaan dan ciri-ciri pemimpin berwibawa juga tergamak bertindak sedemikian sehingga menghilangkan rasa hormat rakyat terhadapnya.

"Perbuatan yang sengaja dipertontonkan kepada ahliahli parti itu termasuk pihak media yang hadir semasa konvensyen itu juga menunjukkan sikap sombong dan bongkak pemimpin parti itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan