TEMPAT LETAK KERETA PUTRAJAYA DICAJ MULAI 1 DISEMBER

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) akan mula mengenakan caj untuk tempat letak kereta di kawasan Kompleks Pejabat Kerajaan di Presint 1 dan 559 lot tempat letak kereta di Presint Diplomatik, di sini mulai Selasa (1 Disember).

Menurut satu kenyataan oleh PPj di sini semalam, sebanyak 386 lot tempat letak kereta di sekitar Kompleks Perdana Putra, Laman Perdana, Kompleks B dan Kompleks C di Presint 1 akan dikenakan bayaran.

"Langkah ini bertujuan untuk mengawal orang ramai meletak kereta di merata-rata tempat serta memudahkan pelawat untuk mendapatkan lot tempat letak kereta di sekitar kompleks berkenaan.

"Di samping itu, penguatkuasaan ini juga dijangka dapat mengurangkan masalah kekurangan tempat letak kereta dan kesesakan lalulintas yang kian meruncing di kawasan Kompleks Pejabat Kerajaan di Putrajaya," menurut kenyataan itu.

Kawasan tempat letak kereta berbayar itu akan beroperasi pada setiap hari bekerja mulai jam 8 pagi hingga 6 petang, dengan kadar bayaran sebanyak 50 sen setiap jam (bagi jenis Pay & Display) dan RM1 setiap jam (bagi jenis terkawal/tertutup).

Pemilik dan pemandu kenderaan dinasihatkan agar meletak kenderaan mereka di kawasan tempat letak kereta berbayar yang telah ditetapkan untuk mengelak kenderaan mereka daripada dikompaun atau disaman penguatkuasa trafik.

"Untuk memastikan bahawa keperluan tempat letak kereta ini mencukupi, kawasan Park & Ride di Presint 1 dan di Presint 7 tersedia untuk menampung tambahan 3,000 lagi petak letak kereta pada satusatu masa.

"Kemudahan ini turut dilengkapi dengan perkhidmatan bas Nadi Putra dari keduadua kawasan Park & Ride ini ke pejabatpejabat kerajaan," menurut kenyataan tersebut.

Pihak PPj juga bersedia untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan bas dari kawasan Park & Ride ini jika sambutan pengguna menggalakkan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan