Sekolah Vokasional Akan Diperbanyakkan Bagi Tampung Keperluan

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kerajaan akan membina lebih banyak Sekolah Menengah Vokasional di seluruh negara bagi menampung keperluan pelajar dalam bidang kemahiran.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata penguasaan dalam bidang vokasional dapat memenuhi keperluan tenaga mahir yang begitu mendesak ketika ini untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

"Pembinaan sekolah itu juga ketika ini menjadi dasar baru Kementerian Pelajaran. Ada anakanak kita yang tidak cemerlang di dalam akademik tetapi mereka sesuai dalam bidang kemahiran.

"Sebahagian mereka ini akhirnya tidak bersekolah lalu menganggur sekiranya kerajaan tidak menyediakan tempat untuk mereka mendapatkan latihan kemahiran," katanya semada berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Taman Rekreasi Sungai Rambah, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata enam sekolah vokasional akan dibina dalam masa terdekat dengan tiga buah sekolah sudah dikenal pasti kawasannya termasuk sebuah sekolah, di kawasan Tanjung Piai, di sini.

Beliau berkata RM40 juta hingga RM45 juta diperuntukkan kementerian untuk pembinaan tiap sebuah sekolah berkenaan, dan menurutnya pembinaan lebih banyak sekolah vokasional itu juga selaras dengan hasrat kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri turut menekankan keperluan rakyat supaya sentiasa mengekalkan perpaduan selain bersamasama membantu kerajaan bagi menjayakan agenda pembangunan negara.

Beliau menegaskan rakyat juga perlu memahami dengan jelas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya hubungan antara kaum terus terjalin.

"1Malaysia perlu diambil sebagai satu tanggungjawab dan difahami dengan betul. Ia bukan retorik ataupun politik. Oleh sebab itu, walau apapun keadaan yang berlaku, hubungan antara rakyat terus terjalin," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai Datuk Nasir Safar. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan