Rombak Kurikulum BTN Sudah Lama Dicadangkan - Khaled

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menolak dakwaan bahawa keputusan untuk merombak kurikulum dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) menunjukkan kerajaan akur dengan desakan pembangkang.

Sebaliknya beliau berkata, perkara itu berlaku secara kebetulan memandangkan Kabinet sebelum ini pernah membincangkan cadangan untuk merombak kurikulum kursus berkenaan agar selari dengan peredaran masa.

"Sebelum perkara itu dibangkitkan oleh pembangkang memang kita (Kabinet) sudah berbincang dan lihat bagaimana perlunya modul dan pendekatan BTN laksana programnya. Perlu ambil kira suasana dan keadaan yang berubah dari segi tahap pendidikan rakyat yang meningkat, tahap pendedahan kepada pengetahuan dan lain-lain.

Pada saya perkara itu kebetulan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Mohamed Khaled diminta mengulas keputusan kabinet semalam yang bersetuju untuk merombak kurikulum dalam kursus BTN supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengumumkan perkara itu di Parlimen semalam berkata keputusan Kabinet minggu lalu itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik.

Sebelum ini barisan pembangkang telah membangkitkan isu sama dengan mendakwa kursus-kursus BTN sebagai salah satu cara doktrinasi oleh Barisan Nasional (BN) selain dijadikan tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata kurikulum BTN akan melalui proses penambahbaikan bagi mencerminkan Gagasan 1Malaysia.

"Kita akan masukkan semangat patriotisme dalam konteks 1Malaysia, kita akan tambah nilainilai murni di dalam gagasan itu," kata Ahmad kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya lapan nilai murni yang terdapat pada gagasan 1Malaysia yang akan diterapkan ialah budaya berprestasi tinggi, berilmu, ketepatan, inovasi, integriti, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan.

Beliau berkata kurikulum BTN telah mula ditambah baik sejak 15 April 2009, manakala kursus dan seminar 1Malaysia mula diadakan di dua buah negeri iaitu Melaka dan Sabah sejak Jun. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan