Penganalisis Politik : Tiba Masa Nik Aziz Berundur, Beri Laluan Pemimpin Muda

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN terdesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berdoa supaya masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno musnah disebabkan isu royalti minyak beberapa hari lalu ternyata mendapat liputan meluas dan mengundang pandangan dari pelbagai pihak.

Ketika mengulas isu tersebut, Najib berkata beliau tidak mengharap Nik Aziz memohon maaf, tetapi berdoa agar beliau akan menyedari kesilapannya.

Penganalisis politik, Dr. Nidzammuddin Sulaiman, pensyarah kanan, Universiti Kebangsaan Malaysia menyifatkan kenyataan Perdana Menteri itu tenang dan tidak agresif kepada penyerangnya.

Beliau turut menambah, ulasan yang dibuat oleh Najib itu sebagai langkah untuk tidak mengeruhkan keadaan dan membuka ruang bagi kedua belah pihak berbaik-baik.

Nidzammuddin menambah tindakan Nik Aziz akan menyebabkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin dan tokoh agama terjejas. Namun beliau tidak menafikan kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan akan terus kekal rentetan sokongan padu daripada ahli PAS.

"Ini bukan satu perkara pelik jika penyokong Nik Aziz tidak berganjak dan terus menyokong beliau kerana tindakannya dalam mengeluarkan kata-kata berbaur kontroversi bukan suatu perkara baru namun penyokong terus berdiri teguh disisi beliau," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr. Azeem Fazuwan Farouk, pensyarah Universiti Sains Malaysia, berpendapat tindakan Menteri Besar Kelantan itu sekadar meraih perhatian pihak media dan menutup cerita masalah dalaman yang sedang melanda parti PAS yang berpuak-puak dan juga kontroversi yang menyelubungi menantunya.

Dr. Azeem tidak menafikan isu royalti minyak menjadi punca utama Nik Aziz bertindak demikian.

"Negeri Kelantan dibebani hutang yang banyak dan memerlukan dana untuk menbiayainya, namun isu ini telah lama menghantui kerajaan negeri dan tindakan drastik perlu dilakukan untuk mendapat perhatian kerajaan pusat," katanya.

Ditanya mengenai ramai pihak yang mahu Nik Aziz berundur dari jawatannya, Dr. Azeem mempunyai pandangan yang berbeza.

"Kita sedia maklum dia (Nik Aziz) mendapat sokongan padu dari pengikutnya. Jadi kedudukan dia hanya akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan ahli-ahli PAS sendiri."

Berbeza dengan Dr. Azeem, Prof. Dr. Nidzammuddin dalam nada berhemah berpendapat sudah tiba masanya Nik Aziz bersara dan memberi laluan kepada pemimpin muda untuk meneraju Kelantan.

Beliau berkata ini masa yang sesuai untuk Mursyidul Am Pas itu berundur disebabkan faktor umur dan kesihatannya. Lagipun beliau sudah menerajui negeri Kelantan hampir 20 tahun.

Kedua penganalisis politik yang dihubungi walaubagaimanapun tidak terkejut jika Nik Aziz mengejutkan semua dengan satu lagi kontroversi di masa hadapan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan