Pakatan Pembangkang Tidak Boleh Terima Teguran

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini diberitahu bahawa kerajaan pakatan DAP dan Parti Keadilan Rakyat di Pulau Pinang terlalu sensitif dan tidak boleh menerima bantahan dan teguran rakyat.

Ketika membahaskan usul tergempar yang dibentangkan oleh R.S.N.Rayer (DAP-Seri Delima) supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam demontrasi kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri di kawasan bangunan Dewan semalam, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata kepimpinan kerajaan negeri sekarang seolaholah takut untuk mendengar pendapat rakyat.

"Dahulu (semasa BN memerintah Pulau Pinang) banyak demonstrasi yang berlaku di luar pagar (Dewan), kita tidak kisahpun. Kerajaan sekarang sensitif sangat, takut ke? Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

"Ini kebebasan rakyat untuk menyatakan hasrat mereka dan memberi pendapat, kalau ia tidak betul, maka tidak betullah, kalau betul kita kena terima," katanya.

Dalam demonstrasi itu, lebih 100 orang bertindak menghamburkan kata-kata marah terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri.

Gelagat mereka yang berdiri di tengah jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar Lebuh Light dan Padang Kota Lama selama hampir sejam.

Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) yang juga ketua pembangkang di Dewan itu, menyifatkan apa yang berlaku semalam telahpun dilakukan oleh Lim sebelum beliau menjadi ketua menteri, dan oleh itu, pemimpin kerajaan negeri hari ini tidak perlu mempersoalkannya.

"Saya anggap perkara ini lucu kerana soal demonstrasi jalanan ini dulu kerja ketua menteri sebelum beliau menjadi ketua menteri.

"Apa yang berlaku semalam adalah ikutan sahaja seperti yang telah beliau tunjuk sebelum ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan