Laporan Bukit Antarabangsa Di Internet Shaziman Minta Pandangan Penasihat Undang-Undang

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor akan mendapatkan pandangan penasihat undang-undang sama ada perlu atau tidak membuat laporan polis berikutan pendedahan di Internet laporan sulit siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Katanya beliau dimaklumkan laporan siasatan tersebut telah disiarkan oleh beberapa laman web dan beliau mempersoalkan mengenai perkara ini berlaku.

"Laporan ni masa siap di tangan kita (kementerian) tak pernah pun masuk dalam laman web, tak pernah pun keluar, tapi bila laporan tu kita lulus sahaja di kabinet, kita setuju nak hantar pada MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya), tiba-tiba sahaja menjadi popular dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat projek naik taraf jalan Rawang ke Tasik Puteri dan projek pembaikan cerun di KM17 Jalan SelayangRawang di sini hari ini. Beliau tidak mahu menuduh manamana pihak mengenai hal tersebut tetapi menjelaskan bahawa selama laporan tersebut di kementerian dalam masa yang agak panjang, laporan itu tidak pernah disiarkan di Internet.

Tujuan laporan itu dibuat sebenarnya adalah untuk memberitahu MPAJ tindakantindakan yang perlu diambil oleh mereka supaya kejadian tanah runtuh dapat dihindari pada masa akan datang, tambahnya.

Menurutnya kementeriannya juga telah mencadangkan kepada jemaah menteri supaya laporan tersebut dikeluarkan sebenarnya adalah untuk mereka yang ada kepentingan seperti penduduk di Bukit Antarabangsa.

"Kementerian telah mencadangkan kepada jemaah menteri pada ketika itu, supaya laporan ini digunakan untuk mereka yang ada tanah, rumah, ada kepentingan di kawasan Bukit Antarabangsa, mereka ini boleh tanyalah dengan MPAJ.

"Tiada niat nak suruh perkara ini (didedahkan) seratus peratus kepada orang ramai...tak ada...siapa yang ada kepentingan mereka boleh tanyalah...itu sangat jelas dalam nota jemaah menteri yang dibentangkan kepada menteri bahawa kita tiada niat nak sorokkan daripada pengetahuan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata perkara tersebut menjadi masalah apabila ada pihak yang cuba mempolitikkan hal ini, malah yang tiada kaitan pun cuba melibatkan diri dalam hal tersebut.

Menurutnya beliau juga akan mempertimbangkan permohonan MPAJ yang mahu kerajaan mengubah status rahsia dokumen laporan akhir kejadian tanah runtuh tersebut.

"Kita akan pertimbangkan dari segi keselamatan negara, penduduk, dan juga kakitangan Kementerian Kerja Raya kerana mereka yang sediakan laporan-laporan ini.

"Dan kita juga tak mahu berlaku bermacam masalah timbul pada kakitangan Kerja Raya ini seperti yang berlaku pada hari ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan