Kerajaan Yakin Catat Pertumbuhan KDNK Lima Peratus Pada 2010

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR Kerajaan yakin sasaran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) lima peratus boleh dicapai tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini.

Beliau berkata kerajaan sudah mengenal pasti beberapa projek dalam perancangan, yang akan disegerakan pelaksanaanya pada suku pertama 2010.

Antara projek itu ialah pelaburan Permodalan Nasional Bhd di kawasan seluas 7.2 hektar dekat Stadium Merdeka dan projek Pusat Matrade di Jalan Duta bernilai RM628 juta.

Tahun depan, kerajaan akan mengumumkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

"Kami akan memberi tumpuan terhadap inisiatif untuk menghidupkan semula inisiatif swasta sebagai enjin utama pertumbuhan," kata Husni dalam ucapan perasmian pada Persidangan Unjuran ekonomi Kebangsaan 2010-2011 di sini.

Beliau berkata kerajaan akan meningkatkan daya saingan dalam pasaran domestik dan memberi tumpuan terhadap teknologi dan inovasi dalam bidang khusus, termasuk bioteknologi dan teknologi hijau.

"Kami akan bangunkan bidang khusus ini menggunakan kelebihan saingan sedia ada dan menyediakan infrastruktur untuk ekonomi berpengetahunan," katanya.

Husni juga berkata antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ialah pembangunan pengetahuan inovatif yang dipacukan oleh masyarakat.

"Baiknya, kita mempunyai golongan kelas pertengahan yang besar yang memahami nilai pengetahuan.

Malangnya, institusi pendidikan kita terbukti mengecewakan," katanya.

Ketidaksepadanan antara keperluan industri dan keluaran dari universiti tempatan menyebabkan Malaysia mempunyai kadar pengangguran paling tinggi di kalangan graduan, hampir empat peratus, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan