Exco P.Pinang Didakwa Lakukan Terlalu Banyak Lawatan Ke Luar Negara

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim, didakwa melakukan terlalu banyak lawatan ke luar negara bagi mempromosi industri hab halal sedangkan hasilnya tidak dinyatakan.

Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini bahawa dalam pengetahuannya, sudah lapan kali Abdul Malik ke luar negara tetapi tidak ada sebarang kejayaan seperti memeterai perjanjian dengan pelabur luar negara diumumkan.

"Saya juga hendak tahu berapa jumlah lawatan sudah dibuatnya ke luar negara dan apa kejayaannya dalam memeterai perjanjian dengan pelabur luar," katanya ketika membahaskan Bajet 2010 kerajaan Pulau Pinang.

Muhammad Farid menegur Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana pernah mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati rakyat Singapura.

"Banyak reaksi yang kurang senang dengan kenyataannya yang dilaporkan media di sana dan ini tidak begitu baik dalam usaha negeri ini menarik lebih ramai rakyatnya ke sini.

"Macam mana kita hendak menarik orangnya datang ke sini apabila hati mereka terguris dengan kenyataan tidak sensitif terhadap mereka. Beliau sepatutnya menjaga pertuturannya," kata Muhammad Farid.

Lim bangun bagi menafikan dakwaan itu dan berkata akhbar di Singapura tersilap melaporkan kenyataannya.

"Apa yang saya perkatakan dalam majlis tertutup bersama rakyat Pulau Pinang tidak sepatutnya disiarkan dan berbeza dengan apa diperkatakan sebenarnya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan