Dua Kanak-Kanak Cedera Parah Terkena Serpihan Peluru

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak cedera parah di kaki kanan akibat terkena serpihan peluru daripada selaras senapang patah milik seorang pengawal keselamatan sebuah premis Tenaga Nasional (TNB) yang terjatuh dan meletup.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.40 petang hari ini semasa ibu kepada salah seorang mangsa sedang membayar bil elektrik di pejabat cawangan TNB di Jalan Klang Lama di sini.

Ahmad Faiz Roslan, 12, dikatakan cedera teruk di ibu jari kanan, manakala sepupunya Muhamad Faris Abdullah, 12, cedera di tapak kaki kanan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Beliau berkata semasa kejadian "keduadua mangsa" sedang duduk di ruang menunggu sementara menanti ibu Muhamad Faris menjelaskan bil.

"Tiba-tiba pump gun (senapang patah) yang dipegang oleh pengawal keselamatan TNB itu dikatakan terjatuh dan meletup, menyebabkan keduadua mangsa yang berada berdekatan cedera akibat terkena serpihan peluru," katanya kepada Bernama di sini.

Difahamkan, pengawal yang berumur 60 tahun itu dan merupakan pesara polis cuba melarikan diri sebaik kejadian berlaku tetapi berjaya ditahan oleh pihak polis berdekatan kawasan itu.

"Pengawal keselamatan itu kini ditahan untuk siasatan, manakala keduadua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Bapa kepada Ahmad Faiz, Roslan Ahmad, 51, yang ditemui di PPUM berkata anaknya kini dilaporkan stabil dan dijangka menjalani pembedahan malam ini.

"Doktor mengesahkan ibu jari kaki Ahmad Faiz hancur dan dua lagi jari kaki kanannya cedera, manakala Faris cedera di tapak kaki kanan serta turut cedera tiga lagi jari kakinya," kata Roslan yang menetap di Pulau Pinang dan sedang bercuti di rumah adiknya di sini.

Beliau berkata Ahmad Faiz telah mengikut sepupunya balik ke Kuala Lumpur pada Sabtu lepas untuk menghabiskan cuti sekolahnya dan "mereka berdua sepatutnya mengikuti kursus tahfiz selama sebulan bermula Khamis ini."

Sementara itu, pegawai TNB yang ditemui pemberita di pusat perubatan berkenaan enggan mengulas lanjut berhubung insiden itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan