Chin Peng Tidak Ingat Kenapa Rundingan Baling Gagal

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HATYAI: Ia bukan satu yang mudah bagi Chin Peng, bekas supremo Parti Komunis Malaya (CPM), untuk mencari satu jawapan apabila ditanya kenapa Rundingan Baling 1955 gagal.

Bekas gerila berusia 85 tahun itu berkata beliau tidak boleh ingat kerana ia berlaku kira-kira 54 tahun lepas, yang juga kali terakhir beliau menjejakkan kaki di bumi Malaysia.

Kepada soalan sama ada beliau menyesal terhadap tindakannya yang lepas atau mahu meminta maaf kepada mereka, Chin Peng terpaksa memikirkan seketika, sebelum menjawab, "jika saya kata menyesal, sesetengah orang akan menterjemahkannya dalam cara berbeza."

"Tetapi jika orang yang tidak bersalah yang benar-benar kita bunuh, tersalah bunuh oleh kita, tentulah saya akan," kata beliau.

Chin Peng, bekas setiausaha agung CPM, berada di bandar ini untuk berhimpun dengan bekas rakannya sempena ulang tahun ke20 perjanjian damai yang bersejarah itu yang ditandatangani antara CPM dan kerajaan Malaysia dan Thailand pada tahun 1989.

Apabila ketika itu kerajaan persekutuan Malaya mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai kepada komunis pada 8 Sept, 1955, hanya beberapa orang sahaja yang menyerah diri.

Chin Peng, ketika itu berumur kira-kira 31 tahun, dalam menyedari bahawa konflik bersenjata tidak membawa sebarang kemajuan, menuntut satu pungutan suara.

Rundingan damai itu kemudian diadakan di sebuah sekolah di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Dis. CPM diwakili oleh Chin Peng, Rashid Maidin, seorang anggota senior parti itu, dan Chen Tien, orang kanan Chin Peng.

Kerajaan persekutuan diwakili Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, yang ketika itu Ketua Menteri, Presiden MCA, Tun Sir Tan Cheng, Ketua Menteri Singapura David Marshall dan Too Joon Hing, Penolong Menteri Pelajaran.

Pada rundingan itu, dilaporkan bahawa Chin Peng meminta Tunku menjelaskan makna sebenar "kesetiaan kepada Malaya".

Tunku menyatakan bahawa salah satu perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaya ialah komunis hendaklah memberhentikan aktiviti komunisnya dan setia kepada Malaya yang akan termasuk penerimaan kedudukan Raja-Raja Melayu dan perjanjian berpegang teguh maruah mereka.

Tan berkata jika seseorang itu mahu tinggal di Malaya, beliau hendaklah mempunyai tanggungjawab dan tugas-tugas sebagai seorang warganegara yang baik sementara Marshall mendefinisikan kesetiaan sebagai "kesetiaan kepada kerajaan yang memerintah, dan kesetiaan kepada proses perlembagaan dalam membawa perubahan bagi kebajikan orang ramai."

Ketika ditanya oleh Chin Peng apa yang lain ertikan darurat boleh tamat, Tunku berkata pemberontak memberhentikan aktiviti komunisnya dan buktikan mereka setia kepada negara.

Tunku juga mengulangi bahawa kerajaan persekutuan tidak bersedia untuk mengiktiraf CPM kerana aktiviti komunis di negara ini telah dikaitkan dengan pelbagai kekejaman dan keganasan.

"Kita mahu mendapatkan satu janji daripada anda bahawa anda tidak akan menjalankan aktiviti anda, yang kita katakan tidak setia kepada Malaya dan memudaratkan hak kepentingan Malaya dan rakyat Malaya. Kita akan mahukan anda tandatangani satu pengisytiharan ke arah itu," kata Tunku.

Dilaporkan bahawa Chin Peng enggan menerima ini dan rundingan itu tergendala.

Pejuang komunis menganggap menyerah diri sebagai satu penghinaan dan dilaporkan berkata," Jika anda minta kita menyerah diri, kita lebih suka untuk berjuang sehingga ke akhir penghinaan. Jika anda minta kita menyerah diri kita lebih suka untuk berjuang sehingga ke akhir hayat."

Sebelum rundingan berakhir, Tunku merayu kepada Chin Peng untuk memikirkan mengenai kebajikan orang ramai secara amnya dan jika komunis bersedia menunjukkan sebarang perubahan sikap, mereka janganlah tunjuk kemegahannya pada mesyuarat akan datang.

Dilaporkan bahawa satu lagi mesyuarat dijadual diadakan pada November 1957 tetapi tidak dapat diadakan kerana Chin Peng masih lagi dengan prinsipnya tidak akan menyerah diri. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan