Undang-undang Kecil PBT Yang Lapuk Wajar Dipinda

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelbagai undang-undang kecil yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini wajar dipinda atau diubahsuai jika ia didapati tidak sesuai dengan perkembangan semasa.

Beliau berkata, perkara tersebut penting kerana dengan memperkenalkan kaedah terbaru itu PBT akan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan lagi.

“Mengenai kajian undang-undang kecil yang sudah lama dipakai itu...satu perkara yang harus diberi perhatian,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2009 serta Persidangan Dwi-tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Penguasa-penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) ke-23 di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikia ketika mengulas ucapan aluan oleh Presiden Anulae Semenanjung Malaysia, Azih Muda, yang menggesa kerajaan menyeragamkan dan mengkaji semula undang-undang kecil dilaksanakan PBT di negara ini.

“Sebahagian besar undang-undang kecil PBT berada di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri dan kita menyerahkan kepada pihak ini untuk mengkajinya.

“Jika ada yang berkaitan dengan kerajaan Persekutuan, maka ia boleh dibawa kepada perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya.

Mengenai saranan Azih agar peruntukan kepada PBT ditambah daripada RM300 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) kepada RM3 bilion dalam RMK10, Muhyiddin berkata peruntukan tetap disalurkan kepada PBT, walaupun negara menghadapi impak kemelesetan ekonomi dunia.

“Walaupun kita sedar (peruntukan itu) tidak besar tapi ia diguna sebaik mungkin,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, PBT adalah ejen utama kerajaan dalam melaksanakan agenda kerajaan dalam mendampingi rakyat jelata.

“Sesungguhnya harapan kerajaan adalah untuk melihat warga PBT sebagai penjawat awam yang menjadi front liner (barisan hadapan) kepada kehidupan rakyat keseluruhannya, mempunyai budaya kerja berprestasi tinggi, sentiasa memperkukuhkan integriti dalam pembudayaan kerja yang mengutamakan disiplin,” katanya.

Katanya, kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian PBT yang mesra rakyat adalah selaras dengan Gagasan “1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Jelas Muhyiddin, slogan dan konsep yang diperkenalkan kerajaan tidak akan memberikan apa-apa makna sekiranya tidak diterjemah dalam bentuk budaya kerja positif dan amalan murni di kalangan warga PBT dan pejawat awam keseluruhannya.

Menurutnya, sistem penyampaian perkhidmatan awam juga perlu cekap bagi mengurangkan peluang berlakunya rasuah.

“Malaysia perlu tegas dan berusaha lebih gigih membanteras rasuah dan menegakkan integriti,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan