Selangor Rancang Adakan Forum Himpun Pendapat Ramai Mengenai Kursus BTN

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor akan menganjurkan satu forum awam yang akan membincangkan isu mengenai kursus-kursus yang disediakan oleh Biro Tata Negara (BTN), dalam usaha memberikan penjelasan lebih terperinci mengenai keputusannya mengharamkan program itu kepada para petugas kerajaan negeri, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya beliau memutuskan untuk mengadakan forum itu selepas menerima kritikan daripada beberapa pihak seperti pemimpin-pemimpin Umno dan menteri-menteri kabinet, ekoran tindakan kerajaan negeri menghalang para petugasnya daripada menjalani kursus yang disediakan BTN.

Beliau berkata bekas peserta, pensyarah dan juga penganjur program-program BTN akan dijemput untuk memberikan pandangan mereka dalam forum itu nanti, dalam usaha menentukan sekiranya langkah pengharaman oleh kerajaan negeri itu adalah tepat atau sebaliknya.

"Sekiranya kerajaan pusat cuba mengharamkan forum ini, ia bermakna memang ada sesuatu yang tidak kena," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai 'Urban Regeneration' di sini hari ini.

Rabu lepas Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor Dr. Halimah Ali berkata petugas kerajaan negeri Selangor serta para pelajar institusi pengajian milik kerajaan negeri tidak dibenarkan menjalani kursus-kursus BTN berkuatkuasa serta merta.

Langkah itu diambil selepas kerajaan negeri melihat kursus berkenaan sebagai satu proses doktrinisasi oleh kerajaan Barisan Nasional bagi mewujudkan rasa benci terhadap pembangkang.

Tindakan itu mengundang jawapan balas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta lainlain menteri seperti Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tampil mempertahankan kursus BTN itu.

Sementara itu Khalid berkata beliau berpuas hati apabila ketika ini rata-rata kalangan orang ramai mulai membincangkan mengenai kualiti dan nilai kursus-kursus BTN, dan menurutnya beliau tidak pernah membantah sebarang program yang bertujuan menyemai semangat nasionalis dan patriotik di kalangan rakyat.

"Apa yang kami pertikaikan ialah kandungan serta penyampaian program BTN ini, dan sejak akhir-akhir ini kandungannya dikatakan mulai berat sebelah, di samping tidak mencapai objektif untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata sudah tiba masanya, bukan hanya silibus BTN sahaja yang didedahkan kepada umum, malah latar belakang seperti kelayakan para pensyarah kursus itu sendiri perlu diumumkan kepada orang ramai. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan