Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010, di sini.

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk meneliti secara dekat persiapan untuk menghadapi sesi baru persekolahan tahun depan, selain memastikan semua isu berhubung penggal persekolahan ditangani sebelum sesi persekolahan 2010 bermula.

Jawatankuasa itu bertanggungjawab untuk memperincikan semua isu berkaitan persekolahan dan mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan segala isu yang wujud yang melibatkan pelbagai aspek seperti infrastuktur, perabot dan peralatan, penempatan guru, bayaran tambahan dan banjir, demikian menurut kenyataan Kementerian Pelajaran.

Isu-isu yang mungkin timbul semasa sesi persekolahan 2010 telahpun dikenal pasti oleh Jawatankuasa Task Force Penggal Persekolahan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim dengan menggunakan instrumen Database Laporan Akhir Tahun (dBLAT).

Jawatankuasa itu juga turut mengenal pasti tindakantindakan yang perlu atau boleh diambil bagi mengatasi dan mengurangkan masalah yang mungkin timbul pada hari pertama persekolahan.

"Komitmen kementerian adalah untuk memastikan kemudahan asas untuk setiap murid iaitu satu set meja/kerusi dan satu set buku teks bantuan disediakan pada hari pertama persekolahan," menurut kenyataan itu.

Mesyuarat tersebut turut disertai oleh semua pengarah pelajaran negeri dan ketua jabatan Kementerian Pelajaran. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan