Lebih 100 Sertai Demonstrasi Bantah Pentadbiran Kerajaan P.Pinang

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian daripada kira-kira 100 penyokong Barisan Nasional (BN) menyertai demonstrasi aman di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat berlangsungnya mesyuarat ketiga bagi penggal kedua DUN di sini, hari ini. Mereka turut membakar dan memijak gambar Guan Eng sebagai demontrasi membantah pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu.-Foto BERNAMA.
Sebahagian daripada kira-kira 100 penyokong Barisan Nasional (BN) menyertai demonstrasi aman di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat berlangsungnya mesyuarat ketiga bagi penggal kedua DUN di sini, hari ini. Mereka turut membakar dan memijak gambar Guan Eng sebagai demontrasi membantah pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu.-Foto BERNAMA.

PULAU PINANG: Sekumpulan lebih 100 rakyat Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri hari ini mengadakan demonstrasi di luar pagar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini.

Tindakan mereka yang membuat kecoh sambil menghamburkan kemarahan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan di bawah kepimpinannya itu bukan sahaja menarik perhatian anggota Dewan, malah turut mengundang perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan berhampiran.

Gelagat mereka yang berdiri di tengah jalan dan menghalang laluan itu turut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar Lebuh Light dan Padang Kota Lama selama hampir sejam.

Perhimpunan yang bermula sekitar pukul 12 tengah hari yang turut disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) serta penduduk Kampung Buah Pala, juga menyaksikan potret Ketua Menteri dibakar, gesaan supaya Ketua Menteri letak jawatan diutarakan, dan kata-kata "kerajaan negeri penipu" dilaungkan.

Bagaimanapun perjalanan sidang DUN tidak terjejas dengan demonstrasi itu dan Speaker Datuk Abdul Halim Hussain mengarahkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya meneruskan sesi soalan lisan.

Polis bagaimanapun berjaya menyuraikan kumpulan berkenaan dan seorang pemimpinnya dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai yang terletak kira-kira 100 meter dari DUN untuk diambil keterangan berhubung kejadian itu. Sebelum kekecohan tercetus, Pengerusi Pertubuhan Kampung Buah Pala, M. Sugumaran sempat menyerahkan memorandum berhubung nasib sembilan penduduk kampung yang tidak menandatangani surat tawaran rumah teres dua tingkat daripada pemaju kepada Ketua Menteri.

Sementara itu, Ketua Menteri yang ditemui pemberita berkata, beliau tidak menghalang demonstrasi dilakukan asalkan ia aman dan tidak ganas.

Katanya demonstrasi boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sebagai sebahagian daripada proses demokrasi, tetapi ia perlulah secara berhemah.

Bagaimanapun beliau kesal dengan tindakan ganas kumpulan yang menurutnya dipercayai dijuarai oleh BN itu dan menyifatkan kejadian itu sebagai budaya politik samseng BN.

Beliau juga mahu polis bertindak adil dan tidak bersikap "pilih kasih" apabila berhadapan dengan mana-mana demonstrasi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan