Kaukus Petroleum: Keputusan Saya Bergantung Kepada Senarai Anggota - Ku Li

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata keputusan sama ada beliau akan mengetuai kaukus mengenai royalti minyak Kelantan akan hanya diputuskan sekiranya kaukus itu mempunyai perwakilan seimbang daripada semua parti.

Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas berkata, beliau tidak terdesak untuk membuat keputusan tersebut, tetapi mengharapkan kaukus itu diwakili oleh semua anggota parlimen dari negerinegeri yang mengeluarkan hasil petroleum.

"Saya nak tengok supaya perwakilan (yang sertai kaukus) lebih menyeluruh. Kalau boleh. Itu yang saya nak sebelum saya bagi kata putus.

"Saya nak tengok supaya ia tidak ada kaitan dengan politik.

"Saya mahu lihat perwakilan yang seimbang daripada semua anggota Parlimen dari semua negeri khususnya daripada negeri yang mengeluarkan petroleum. Kemudian baru adakan kaukus. Tiada keperluan segera," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai keputusannya berhubung pelawaan untuk mengetuai kaukus tersebut di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh sebelum ini dilaporkan berkata sedang menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya menjadi pengerusi kaukus, namun beberapa hari selepas itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mahu beliau (Razaleigh) meneliti semasakmasaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh pakatan pembangkang itu.

Menurut Muhyiddin pada dasarnya Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dengan perkaraperkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

Katanya, lebih baik Tengku Razaleigh teliti semasakmasaknya permintaan tersebut walaupun ia melibatkan negeri Kelantan, apatah lagi ia ditaja oleh parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengusahakannya. Mengenai saranan tersebut Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata, soal tersebut tidak timbul sebenarnya kerana sebelum ini pernah wujud jawatankuasa di mana parti pemerintah dan pembangkang bersama-sama menubuhkan jawatankuasa bersama demi kepentingan rakyat.

"Soal fikir masakmasak tidak timbul. Sebelum ini sudah ada jawatankuasa, gabungan antara kerajaan dan pembangkang.

"Jadi tidak timbul isu kerajaan boleh duduk dalam jawatankuasa yang ditubuhkan pembangkang ataupun tidak. Jadi itu bukan isu, yang penting ialah kepentingan rakyat itu kita dahulukan," katanya.

Ketika ditanya pendiriannya berhubung bayaran wang yang diumumkan kerajaan kepada Kelantan yang sepatutnya royalti bukannya wang ihsan, Tengku Razaleigh berkata, perkataan wang ihsan tidak pernah ada dalam perjanjian, sebaliknya ia dipanggil bayaran tunai. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan