Kanak-Kanak Lemas Di Tali Air

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak berumur enam tahun ditemui mati lemas selepas hilang semasa mandi dan bermain dengan rakan-rakannya di sebuah tali air di Kampung Hujung Telok Bagan, Jalan Kuala Kedah, di sini, petang semalam.

Muzaini Mohd Yusuf dari Taman Samudera, Jalan Kuala Kedah di sini dipercayai lemas ketika mandi di tali air di kampung berkenaan bersama enam lagi rakannya kira-kira pukul 5 petang.

Ibu angkatnya Sobehah Salleh, 49, berkata Muzaini yang dipeliharanya sejak berusia 8 bulan tidak pernah ke kampung itu, kerana tempat berkenaan agak jauh dari rumah mereka.

Katanya beliau bersama suaminya bergegas ke tempat kejadian hanya selepas diberitahu mengenai insiden itu oleh rakan-rakan Muzaini, dan sesampai di sana beliau melihat Muzaini sudah dibawa naik oleh penduduk kampung.

"Muzaini kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah dan doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.

Seorang rakan Muzaini, Mohd Syafiq Zulkifli, 11, berkata adiknya Mohd Saiful Zulkifli, 9, dan Muzaini pada mulanya bertaruh siapa yang paling lama dapat menyelam.

"Ketika itu, kami hanya lihat mereka dari atas titi tetapi setelah lama mereka menyelam kami mula risau," katanya.

Mohd Shafiq berkata dia dan rakan-rakannya kemudiannya turun ke tali air dan mengangkat adiknya yang sudah kebiruan, tetapi mereka tidak menjumpai Muzaini.

"Kemudian kami minta bantuan orang kampung untuk mencari Muzaini dan akhirnya mereka jumpa dia tidak jauh dari tempat dia menyelam," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan