Harga Tiket Pertunjukan Udara LIMA 2009 Dikurangkan Ke RM10

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Harga tiket pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA 2009) dikurangkan kepada RM10 daripada RM20 sebelum ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan hari ini bahawa pihak penganjur iaitu HW Lima Sdn Bhd telah bersetuju untuk mengurangkan harga tiket pertunjukan udara itu.

"Saya telah minta pihak penganjur untuk memberi diskaun 50 peratus dan mereka bersetuju," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke hospital lapangan Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia di sini.

Pertunjukan udara hanya akan dibuka kepada orang ramai pada hari terakhir LIMA iaitu pada 5 Disember. LIMA 2009 akan bermula esok.

Sebanyak 15 pesawat akan terlibat dalam pertunjukan udara termasuk pesawat kemegahan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) iaitu MIG29N dan SU30MKM.

Ahmad Zahid juga berkata jumlah kapal yang terbabit pada pertunjukan statik maritim di Awana Porto Malai juga telah ditambah kepada 99 buah sempena 99 buah pulau di Pulau Langkawi.

Sementara itu, Zahid berkata sejumlah 96 anggota perubatan Angkatan Tentera akan bertugas sempena LIMA 2009 di hospital lapangan yang terletak berhampiran Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Padang Matsirat di sini.

Daripada jumlah itu, 10 orang adalah pakar perubatan dalam pelbagai bidang manakala lapan lagi merupakan pegawai perubatan.

"Ini adalah kali pertama pihak Kor Kesihatan Diraja terbabit secara langsung dalam LIMA bagi menyediakan perkhidmatan perubatan kepada para peserta dan pengunjung pameran ini," katanya.

Antara kemudahan perubatan yang disediakan di hospital berkenaan ialah bilik xray, bilik pembedahan, 50 katil dan ambulan.

Setakat ini, seorang kontraktor dari Sweden telah mendapatkan rawatan di hospital berkenaan kerana mengalami masalah dehidrasi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan