Peguam Negara Janji Bantu Selesaikan Kes Elis Shahrizat

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membantu Elis Syuhaila Mokhtar, 34, mendapatkan semula anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, yang dilarikan bekas suami ke Belgium menerusi bantuan Pejabat Peguam Negara.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dihubungi beliau pagi tadi berjanji untuk membantu menyelesaikan perkara itu.

"Isu ini melibatkan perundangan kedua-dua negara, memang ada perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah, tapi anak itu telah dilarikan.

"Saya minta Peguam Negara membantu keluarga Elis mengikut perundangan agar anak itu dapat dikembalikan mengikut perintah Mahkamah Tinggi Syariah dan saya berjanji akan menyemak kes ini dari masa ke masa," katanya kepada pemberita di majlis sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Wanita Umno Bahagian Kepong, di sini semalam.

Pada 10 November lepas, Mahkamah Tinggi Syariah telah memberikan hak penjagaan anak kepada Elis, namun keputusan itu tidak membawa apa-apa makna bagi beliau kerana anaknya itu telah dilarikan bekas suaminya Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus, 40, seorang warga Belanda ke Belgium melalui Rantau Panjang, Kelantan, 5 Mac lepas.

Sebelum itu, pada 8 September lalu, Firdaus telah menghubungi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di Kuala Lumpur dan memberitahu beliau tidak akan menyerahkan Ferris serta mengesahkan anak itu ada bersamanya di Belgium.

Sementara itu, Shahrizat turut meminta Elis agar melantik seorang peguam seperti yang dinasihati Wisma Putra bagi mencabar tindakan suaminya di Belgium dengan mengguna pakai undang-undang negara berkenaan.

"Tindakan yang dilakukan oleh Firdaus merupakan satu bentuk tindakan penculikan dan mencabar kedaulatan undang-undang negara ini dan menghina undang-undang Syariah Malaysia," katanya.

Katanya kementeriannya akan mengkaji perkara itu termasuk mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri bagi mencari keadilan di dalam kes terbabit. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan