Pasangan Suami Isteri Maut, Anggota Polis Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Gerik

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GERIK: Hanya selang sehari kemalangan membabitkan tiga maut termasuk seorang pegawai polis pada Sabtu lepas di sini, dua lagi maut membabitkan sepasang suami isteri manakala seorang anggota polis cedera parah dalam nahas yang berlaku di Km 48 Jalan Gerik-Jeli semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 3.50 petang semalam, pemandu kereta Zainal Amran Mohd Ali, 66, dan isterinya Sahimah Mohd Ali, 62.

Pasangan suami isteri yang berasal dari Taman Meru, Jelapang, Ipoh mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gerik, katanya kepada pemberita hari ini.

Mahad Nor berkata anggota polis yang cedera parah dikenali sebagai Lans Koperal Azrul Shuib, 30, berasal dari Kuala Berang, Terenggau.

Azrul yang bertugas di cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kedah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya.

Siasatan awal polis mendapati kereta jenis Toyota yang dipandu Azrul dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik dikatakan terbabas ketika melalui jalan selekoh dan menuruni bukit lalu memasuki laluan kanan

jalan dan bertembung dengan kereta yang dipandu Zainal dari arah bertentangan.

Akibat kejadian itu, kereta yang dipandu Zainal terbakar dan mangsa bersama isterinya dikeluarkan dari kenderaan itu oleh orang awam.

Pemandu sebuah lagi kereta yang terbabit merempuh belakang kereta Shuib hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Gerik. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan