MIC Mesti Jadi Institusi Berkesan - Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: MIC mesti menjadi sebuah institusi yang dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan menangani cabaran-cabaran dengan kaedah yang betul, kata Timbalan Presiden Datuk G. Palanivel semalam.

Beliau berkata dengan cara sedemikian, parti yang mempunyai 630,000 anggota, akan menjadi kuat dan berupaya menarik lebih ramai kaum India menganggotainya.

"Kini terdapat masalahmasalah baru. Kita perlu menyesuaikan diri, memenuhi keperluan baru dan menyelesaikan masalah-masalah baru.

"Cabaran yang dihadapi MIC, masyarakat India dan negara mesti dikenal pasti, dibincang dan diperdebat untuk kita mencari jalan dan melaksanakan penyelesaian terbaik," katanya dalam blognya di http://www.gpalanivel.com.

Palanivel berkata MIC, termasuk sayap parti Pemuda dan Wanita perlu "mengenal diri sendiri" dan kemudian merancang bagaimana MIC mesti berfungsi sebagai parti politik dan bukannya satu badan bukan kerajaan, dengan merencana secara strategik segala tugas dan perancangan.

Katanya MIC juga hendaklah meningkatkan kesedaran politik di kalangan para pengundi dan terus mendapatkan sokongan mereka. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan