Keadaan Di Terengganu Kembali Normal

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin surut dan keadaan kembali normal apabila jumlah penduduk di daerah Kuala Terengganu, satusatunya kawasan yang masih dilanda banjir, berkurangan kepada 40 orang.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri berkata hanya sebuah pusat pemindahan mangsa banjir masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak.

Jurucakap itu berkata mangsa banjir yang masih berada di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak terdiri daripada penduduk Taman Desa, Pusu Tiga disebabkan air di kawasan rumah mereka belum kering sepenuhnya.

Beliau berkata mangsamangsa itu mungkin dibenarkan pulang ke rumah masingmasing sekiranya keadaan cuaca terus bertambah baik hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata paras air sungaisungai utama di Terengganu semuanya berada di paras biasa sejak beberapa hari lalu.

BERITA TERDAHULU

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di daerah Marang pulih sepenuhnya apabila mangsa terakhir seramai 14 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi semalam.

Berikutan keadaan banjir semakin surut, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menutup bilik operasi yang dibuka sejak gelombang kedua banjir melanda Terengganu Isnin lalu.

Bagaimanapun, keadaan banjir masih belum surut sepenuhnya di beberapa taman perumahan yang terletak di kawasan rendah di daerah Kuala Terengganu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Kuala Terengganu ketika dihubungi Bernama berkata seramai 150 orang lagi mangsa banjir masih ditempatkan di dua buah pusat pemindahan.

Mangsa-mangsa itu terdiri daripada penduduk kawasan perumahan Taman Desa Pusu Tiga, Taman Desa Darul Iman dan Taman Seri Embun.

Jika cuaca baik, kesemua mangsa mungkin dibenarkan pulang hari ini, katanya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan