Kadar Jenayah Di 50 Kawasan Panas Berkurangan - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kadar jenayah yang dicatat di 50 kawasan panas yang dikenalpasti di seluruh negara semakin menunjukkan penurunan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata penurunan kes itu menunjukkan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan jenayah di kawasan panas itu adalah berkesan.

"Di mana saja kawasan yang ada peningkatan (kes jenayah), kita akan beri perhatian serius. Tetapi di 50 kawasan panas yang telah dikenalpasti, saya boleh sahkan di sini majoritinya ada penurunan atau sekurang-kurangnya stabil.

"Kita lakukan dengan bersungguh-sungguh, dengan adanya balai-balai polis bergerak, kehadiran polis melalui motosikal, kita juga adakan pemeriksaan mengejut di balaibalai yang perlu dinaiktaraf dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Setakat ini, katanya 50 kawasan panas yang dikenalpasti itu berada di empat negeri iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Hishammuddin berkata setiap kawasan panas, iaitu kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah akan ditangani sebaik mungkin sehingga menjadi kawasan 'putih' dan fokus kemudiannya akan dialihkan ke kawasan-kawasan lain yang menunjukkan peningkatan kadar kes jenayah.

"Sekiranya ada kawasan lain yang menunjukkan peningkatan dari segi kadar jenayah terutamanya jenayah jalanan, kita akan meletakkan kawasan baru berkenaan sebagai kawasan panas.

"Saya sudah nyatakan, kita sasarkan untuk kurangkan jenayah jalanan sehingga 20 peratus menjelang hujung tahun depan," katanya.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu sebelum itu menghadiri majlis korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha melibatkan 11 ekor lembu di Kampung Tok Jembal, Seberang Takir, di sini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan