Datuk Abas Salleh, Bekas KP Penerangan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar Fail: (Dari kiri) Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ibrahim Saad,  Datuk Tan Chai dan Bekas Ketua Pengarah  Jabatan Penerangan, Datuk Abas Salleh dan S.S Huang dari Plaza Phoenix.
Gambar Fail: (Dari kiri) Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ibrahim Saad, Datuk Tan Chai dan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abas Salleh dan S.S Huang dari Plaza Phoenix.

MUAR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Abas Salleh meninggal dunia secara mengejut di rumahnya di Jalan Yahya, Parit Perupok di sini malam semalam.

Menurut Fazli, anak kedua Allahyarham, bapanya tiba-tiba rebah dan mengalami kesukaran untuk bernafas kira-kira 7 malam sebelum meninggal dunia 15 minit kemudian.

"Keluarga kami tidak sempat membawanya ke hospital," katanya kepada Bernama di sini. Abas, 64, bersara sebagai Ketua Pengarah Penerangan pada tahun 2002.

Jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampungnya tengah hari ini. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Yom Ahmad dan empat anak lelaki berusia antara 23 dan 36 tahun.

Anak sulungnya Dr Adly Ariff, 36, kini bekerja di Perth, Australia; Fazli, 32, pensyarah di Universiti Multimedia Melaka; Amry Amin, 31, bertugas di Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia di Bangi, Selangor; dan Hasmy Iman, 23, sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang teknologi maklumat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan