BTN Di Selangor Akan Tetap Diteruskan - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Kerajaan akan tetap meneruskan penganjuran Kursus Biro Tata Negara (BTN) di Selangor walaupun kerajaan negeri itu melarang warga kerja dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri menyertainya kerana mendakwa ia sebagai proses doktrinasi oleh Barisan Nasional (BN).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan yang bertanggungjawab bagi BTN berkata kursus berkenaan akan tetap diteruskan di Selangor kerana bukan semua perkara di negeri itu tertakhluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Pegawai kerajaan persekutuan, pelajar universiti, Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) serta belia akan terus dihantar menyertai kursus ini.

"Ini kerana BTN bukan seperti yang didakwa oleh mereka sebaliknya penuh dengan semangat patriotisme, malah telah menerima sijil pengiktirafan ISO 9000 daripada SIRIM, ia bukan kursus semberono sebaliknya tersusun," katanya kepada pemberita sebagai mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor itu.

Kursus BTN akan tetap dijalankan kerana ia mendukung Gagasan 1 Malaysia dan tiada unsur memecah-belahkan keharmonian kaum di negara ini, kata Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno kepada pemberita selepas menerima 200 borang untuk menjadi anggota Umno daripada penduduk Kampung Seberang, di sini hari ini.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata tindakan kerajaan negeri Selangor itu adalah keterlaluan dan tidak wajar kerana kursus BTN hanya berkaitan kenegaraan dan menyemai sifat kepimpinan di kalangan pesertanya.

"Tidak mungkin kerajaan mewujudkan unsur perkauman dalam program BTN kerana ada beberapa program BTN turut disertai pelbagai kaum dan bukannya satu kaum sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Korban dan Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Melayu, Batu 16, Rawang dekat sini.

Mukhriz yang juga anggota Parlimen Jerlun berkata BTN anjuran Jabatan Perdana Menteri dapat melahirkan insan yang berperwatakan positif dan beliau menyangkal dakwaan pembangkang bahawa ia adalah kursus untuk membasuh minda. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan