90 Orang Di Perak Masih Berada Di Pusat Pemindahan, Terengganu Pulih

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seramai 90 mangsa banjir di dearah Kerian yang masih berada di pusat pemindahan sehingga pukul 5 petang ini, kata jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian.

Kesemua mangsa banjir yang membabitkan 33 keluarga dari Kampung Matang Kerbau yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata paras air di kampung terbabit masih belum surut dan mereka dipindahkan sejak lebih dua minggu lalu berikutan hujan lebat serta limpahan kolam Tasek Bukit Merah dan Sungai Beriah.

Sementara itu, di KUALA TERENGGANU, keadaan sudah kembali pulih dengan sekumpulan 40 penduduk yang berada di pusat pemindahan pagi ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 4.30 petang.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri berkata mangsa yang merupakan penduduk Taman Desa Pusu Tiga, ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak sejak tiga hari lepas.

Semua tujuh daerah di seluruh negeri terlibat dalam banjir gelombang kedua di Terengganu sejak Isnin lalu, menyebabkan hampir 10,000 orang terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Gelombang pertama banjir melanda Terengganu pada awal bulan ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan