Yang Di-Pertuan Agong Berlepas ke Jerman Untuk Jalani Pembedahan Lutut

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat ke Munich, Jerman bagi menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Isnin ini, demikian menurut kenyataan Istana Negara.

Keberangkatan baginda turut diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan dua anakanda baginda serta dua pakar perubatan iaitu Pakar Ortopedik Kanan Hospital Selayang Dr Ramli Baba serta Pakar Ortopedik Hospital Besar Kuala Lumpur Dr Mohd Asri Ghapar.

Kenyataan itu juga menyebut pembedahan itu akan dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan di pusat berkenaan yang diketuai Prof Andreas B.Imhoff.

Baginda dijangka menjalani pemulihan selama satu minggu di pusat perubatan berkenaan setelah menjalani pembedahan.

"Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong juga meminta seluruh rakyat agar tidak berasa gusar dan mendoakan pembedahan baginda berjalan lancar dan berjaya serta sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T agar segera pulih bagi menjalankan tugas seperti biasa," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan