Umat Islam Laksana Ibadah Korban

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KORBAN... Beberapa petugas membuka tali yang diikat pada kaki dan leher lembu yang sudah disembelih di Masjid Negara di sini, hari ini. Sebanyak 36 ekor lembu yang disumbangkan oleh orang ramai dikorbankan sempena majlis korban pada majlis itu. Turut sama pada majlis itu ialah Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad (enam kiri), bekas Menteri Luar Bandar & Wilayah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (empat kiri) dan Ketua Pesuruhjaya (SPRM) Datok Seri Ahmad Said bin Hamdan (lima kiri).-Foto BERNAMA.
KORBAN... Beberapa petugas membuka tali yang diikat pada kaki dan leher lembu yang sudah disembelih di Masjid Negara di sini, hari ini. Sebanyak 36 ekor lembu yang disumbangkan oleh orang ramai dikorbankan sempena majlis korban pada majlis itu. Turut sama pada majlis itu ialah Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad (enam kiri), bekas Menteri Luar Bandar & Wilayah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (empat kiri) dan Ketua Pesuruhjaya (SPRM) Datok Seri Ahmad Said bin Hamdan (lima kiri).-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Umat Islam merata tempat di Malaysia hari ini menunaikan ibadah korban, yang merupakan keistimewaan Aidiladha, secara bergotong-royong di masjid-masjid dan kawasan perumahan.

Umat Islam mengambil peluang melaksanakan ibadah korban, yang hanya boleh dilakukan dalam masa empat hari selepas solat sunat Aidiladha sehingga sebelum terbenam matahari pada hari ke-13 bulan Zulhijah, dan mengagihagihkan daging korban kepada orang ramai dan golongan fakir miskin Islam lain.

Umat Islam negara ini menyambut Aidiladha semalam.

Di SELANGOR, tinjauan Bernama ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, sebanyak 28 ekor lembu disembelih bermula dari pukul 8 pagi sehingga tengah hari ini membabitkan kerjasama umat Islam yang menetap di kawasan sekitar.

Di Pelabuhan Klang, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersama tujuh anak syarikatnya bergotong-royong mengadakan majlis ibadah korban dan aqiqah bersama penduduk Pangsapuri Seri Perantau, Bandar Sultan Sulaiman.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Mohd Wazir Abdul Gani berkata sebanyak 10 ekor lembu disembelih pada majlis yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara PKNS dan penduduk setempat.

Di NEGERI SEMBILAN, sebanyak 63 ekor lembu dikorbankan dalam Program Korban Jempol 2009 anjuran Umno Bahagian Jempol dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS) di padang awam Raja Alias 2, Jempol.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Jempol Salim Sharif berkata program ini merupakan kali kedua dilaksanakan selepas tahun lepas hasil muafakat dan komitmen semua pihak.

Salim, yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur program itu, berkata sebanyak 1,500 peserta dan petugas terlibat di dalam program berkenaan.

Di KELANTAN, Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Sultan Yahya Petra mengetuai pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan mengerjakan ibadat korban, menyembelih 50 ekor lembu di pekarangan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Kota Baharu.

Baginda juga berkenan menyembelih sendiri lembu yang dijadikan korban sempena perayaan Aidiladha hari ini.

Di PERAK, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadiri majlis korban anjuran badan-badan berkanun kerajaan negeri Perak di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Ipoh.

Sebanyak dua ekor kerbau, lima ekor lembu dan 30 ekor kambing disembelih secara gotong-royong oleh para petugas badan-badan berkenaan hari ini.

Selain itu badan-badan berkanun kerajaan negeri turut menyumbangkan 100 ekor lembu ke setiap daerah untuk ibadah korban.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan